Friday 23 December 2016

manuka honey

Image may contain: one or more people and text

Penyelesaian setiap simptom...

Pada pengidap gerd ada lenguh sini sana ada senak sini sana pedih sikit sini sana pening mata kabur tinga berdesing abaikan aje. Kena elok dr gerd baru symtom tu semua hilang.
Cuba ni kalau ada:
Mcm ada benda sangkut kat tekak, panas perut/dlm badan/ sakit tekak - vitamin c soluble
Kembung - lemon suam, acv, minyak yuyi, hot water bag
Kebas kaki tangan - urut kat tangan n kaki bagi darah lancar
Pening- urut kepala kuat sikit, berjalan kaki ayam atas rumput tapi kalau cacing masuk x jamin. Hhehehe
Sembelit - makan sayur over dose, bangun tido minum air kosong sebelum gosok gigi
Pedih perut - telan madu manuka sesudu kecit. Jgn campur air. Ikut cara akak ajar tu
Pitam - jangan makan lambat. Kalau nak ubah posisi dr duduk ke berdiri buat dgn perlahan.
Sengkak kat ulu hati atau sesak napas - ulu hati urut kuat sikit tolak ke atas byk kali n urut belikat juga.
Dada pedih terbakar - minum acv/ lemon


https://www.facebook.com/groups/GastrikAsidrefluk/

Anxiety ohhh anxiety..

Ada suatu ketika dulu akak pernah nak give dah dgn anxiety .fed up 24 jam rasa takut tak ada hujung pangkal..nak.pi tempat org ramai rasa takut. Kalau pi pun mula cari tempat duduk.sbb kalau tak jumpa tempat duduk akak rasa akak akan tergolek tapi sampai kluar pun elok la pulak akak berjalan tak ada la.sampai tegolek pun. Nak lawan sangat takut meletup pulak otak.
Hmmm apa nak buat. Mmg mcm dah dead end tak ada jalan kluar. Tapi kena pikir jugak ntah sampai bila nak mcm tu. Sampai bila nak idup mcm tu kalau idup.sampai tua bangka sanggup ke hari hari rasa mcm.tu?
Tu belum.lagi nak hadap jantung laju berpeluh walau duk lam.ekon. belum lagi masuk.asik.pikir bab mati. Risaukan anak anak. Apa nak jadi ngan anak anak hakak nanti kalau hakak tak ada. So mcm mana.
Belum lagi jugak citer panic attack. Memyampah betul. Boleh ke tgh bawak kete dia mai. Mcm tak ada masa lain nak mai.
Masa tu mmg akak x nampak jalan. Perut dah mula buat hal tekak dah sangkut lidah dah kebas perut kembung 24 jam. Tak terpikir pulak semua tu punca dr otak yg ada kacau tu.
Ubat penenang? Na ah
Masih kalut tapi start jaga makan..slowly mmg nampak . anxiety mula kurang. Cuma ada kala rasa takut mati tu dtg. But kena lawan kan.
Takut apa? Nak.jawab pun tak.reti. dah tu tak reti jawab takut tu napa. Ehheh. Ok la ok la. Mcm bangang jeh takut benda yg x tau. Pi lantak aaa. Anak anak n suami lagi . penting..sian mereka mereka tu. Lawan!!!!!.takut mati? fahamkan aje tu mmg fitrah kita. Nak lari macm.mana. nak pikir sampai langit ke 7 pun tetap jadi jugak.
Tetapi berusaha lah untuk jadi insan yg lebih baik yg tau tanggungjawabnya.dia bumi Allah ni. Kita akan berasa tenang. Bukan ka? Cc Wafi Abd Rahim hehhe.
Sambung lagi Ya Allah aku bersyukur atas kurniaan mu ini. Di sebabkan dugaan mu ini adik adik dan rakan rakan ku bertambah ramai. Alhamdulillah .

Sunday 18 December 2016

Nasihat lagi....

Hmmm nak ceramah lagi sikit.
Byk komplen yg akak nengok makan dah jaga tapi kena attack jugak.
Pertama nengok balik 'pantang' tu. Biasanya 90% mmg ada aje silap bila di tanya makan apa hari hari.
Keduanya.nengok pulak symtom tu. Ada symtom yg akan dtg jugak walau kita dah jaga makan especially yg baru mula. Lagi lagi kalau asid reflux tu dah lama.
Sabau. Jgn gelojoh sangat. Mana ada pantang hari ni minggu depan dah baik. Miracle tu. Kena faham condition sakit tu mcm mana. Itu yg bila ada claim kata suplement dia boleh bagi baik lam 3 hari rasa nak berguling guling akak baca.
Tak puas bernafas tu tau yg korang refer as sesak nafas tu salah satu hasil asid refluks.
Kadang airways bengkak. So walaupun dah jaga makan problem tu still ada. Sabau. bagi la masa dia pulih. Oksigen korang sedut pun maybe x cukup. Ruangnya angin dah conquer. So semput la sikit.
Pantang ketat kalau nak cepat elok. Tapi jgn la expect 1 bulan n rasa badan dah ok tu dah baik ya. Jauh lagi perjalanan tu. Byk lagi nak repair dlm tu. Sebulan x cukup doh walau korang dah rasa sihat sikit. Tipu aje tu. Lepas tu korang pun start makan cam bese. Lepas tu kena lagi teruk dr seblum tu. Di katanya sakit datg balik..padahal sakit tu x penah pi pun. Ontok aje dia kat situ.cuma x tunjuk diri.
N tak yah la nak rasa tu ini. Especially mmg benda yg sah sah tak boley. Buat lambat baik aje nanti. Tahan sikit selera tu. Tak rugi pun. Korang dr kecit dah sumbat mcm mcm. Bagi la perut tu rileks beberapa bulan. x sayang perut ke?
Kalau sapa yg claim dah pantang tu n still kena juga. Cuba listkan kat komen hari hari makan apa n bagitau masak sendiri atau makan kat luar. Kita nengok apa yg x kena. N sila bagitau apa symtomnya tu.
N byk faktor lain jugak mcm selalu makan lambat atau baring lepas makan.
Antara lain lain sebab:
Makanan masak dr pagi bawak sampai malam.
Masukkan tomato atau cendawan dlm sup.lepas tu claim x usik pun cendawan tu.
Letak rempah penumis/sup bunjut dlm sup
Mkn biskut
Tak makan proper meal
stress n overstress. byk sgt berfikir.
Perut korang dah jadi too sensitive dgn certain makanan. So jgn pelik sangat kalau mkn sikit pun dah kena. Take my word for it.
tapi klau korang dah settled dengan that so called 'under control kalau kena attack' tak pek akak nak kata apa lagi la. but trust me tu bukan kesembuhan yg sebenarnya. kita tak mau just under control kita nak tottaly sembuh.
Again nak pakai ckp akak ni sila pakai. Ta nak pakai suko hati lah. Tapi kalau byk kali nak nasihat buek gak bondo yg samo mmg ghaso nak lompang yo kadang kadang. Peace hehhhehheh.

Thursday 6 October 2016

GERD satu malapetaka?

Ramai pesakit Gerd  menganggap bila mendapat gerd dan gastrik, ia merupakan satu malapetaka yang besar.  Mereka merasakan mereka tidak akan sembuh seperti sediakala. Kalau sembuh pun Gerd boleh datang bila bila masa lagi. Tapi betul ke?
Ramai yang telah membuktikan mereka boleh sembuh dan gerd atau anxiety tak datang lagi menjengah. Tapi kena betul la caranya. Pertama nya jangan anggap dia sebagai sesuatu yang sangat sangat teruk. Maksudnya kena la kita redho.  Anggap aje sebagai ujian dari Allah SWT. Ambik peluang dekat kan diri padaNya. Baiki hubungan antara kita dan pasangan, ibubapa, anak anak dan orang sekeliling kita. Selepas saya mengidap Gerd dan anxiety pandangan saya terus berubah. Saya tak lagi senang naik marah. Penerimaan saya pada sesuatu itu turut berubah. Jika tidak mendapat sesuatu yang saya inginkan, saya cuma mengangap itu bukan rezeki saya. Memang dah ditulis begitu. Jadi buat apa saya nak marah marah. Saya juga lebih menghargai orang orang di sekeliling saya.
Satu perkara yang amat ketara adalah kurangnya pengetahuan kita tentang Gerd and anxiety. Pada pendapat saya, kita perlu lebih mengenali keduanya. Bila dah kenal, senang untuk kita lawan. Ramai pesakit yang agak kurang pengetahuan tentang Gerd dan anxiety. Amalan mencari info berkaitan keduanya amat kurang. Ini yang perlu mereka atasi. Sikap menyerah diri dan terlalu mengharap untuk bertemu dengan ubat yang sesuai. Setahu saya belum ada lagi ubat untuk Gerd selain menjaga pemakanan. Suplement yang kita usulkan pun bukan ubat untuk Gerd secara lansung tetapi cuma membantu satu satu fungsi organ aje.  Jadi kalau ada yang claim ada ubat yang boleh sembuhkan Gerd dalam masa 3 hari memang miracle dan penjual tu tak faham apa itu Gerd. Titik.
Percaya lah. Apa yang kita alami sekarang merupakan satu peringatan untuk kita. Kena jentik sikit. Mungkin kita dah tersasar sikit dari landasan yang sepatutnya. Kita cuma diberi ingatan aje. Betulkan aje mana yang tak betul tu. Insyaallah.


https://www.facebook.com/groups/GastrikAsidrefluk/

SAYA BARU MENGHIDAP PENYAKIT GASTRIK DAN GERD

Ramai yang mula menggelabah apabila di diagnose dengan GERD atau GASTRIK. Ditambah dengan simptom-simptom yang buat anda tak selesa dan kadang-kadang ubat hanya dapat melegakan buat masa yang singkat. Apa yang patut anda buat?

PERTAMA

Dapatkan diagnose dari doktor. Dapatkan penerangan dan kepastian hingga anda benar-benar yakin yang anda hanya ada GASTRIK dan GERD. Doktor mungkin tidak akan mengesyorkan endoskopi pada tahap awal kerana prosedur yang tidak selesa dan bersifat diagnosis sahaja. Anda masih perlu mengambil ubatan untuk menyembuhkan dinding dan LES anda.

KEDUA

Bertenang. Panik dan resah hanya akan memburukkan keadaan. Cuba untuk membanyakkan aktiviti kerohanian. Anda mungkin perlu mengelakkan tempat yang sesak dan bising buat satu masa tertentu kerana biasanya pesakit akan mudah diserang sesak nafas dan panik. Bercuti dan berehat adalah pilihan yang baik.

KETIGA

Mulakan dengan diet lembut. Untuk membantu proses penghadaman, diet lembut seperti bubur nasi dan puree buah adalah amat baik kerana makanan tersebut berada dalam keadaan paling ringkas dan mudah dihadam. Elakkan mengambil makanan yang sukar dihadam seperti daging dan ayam sebaliknya gantikan dengan ikan. (Rujuk entry tentang pemakanan). Diet lembut akan mengelakkan stress kepada perut dan mengurangkan pengeluaran asid perut yang membawa kepada penyembuhan yang lebih cepat.

KEEMPAT

Elakkan google. Antara kesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakan pesakit GERD adalah menggunakan google apabila ada simptom yang timbul. Lebih baik anda berjumpa dengan doktor yang lebih pakar dalam bidang ini dari menggunakan self diagnose yang akan menyebabkan anda stress. Stress akan menyumbang kepada pengeluaran asid perut.

KELIMA

Nilai diri anda. Gastrik dan GERD secara amnya adalah penyakit yang datang dari gaya hidup yang salah. Gaya hidup merangkumi pemakanan, tidur yang cukup, senaman, pengurusan stress, pengurusan pola pemikiran (Contohnya: Dari baran kepada tidak baran).

KEENAM

Buat perubahan dari penilaian diri dan teruskan berubah. GASTRIK dan GERD akan mengambil masa yang agak lama untuk betul-betul sembuh. Kesabaran dan disiplin amat diperlukan. Simptom-simptom tidak selesa tersebut akan hilang dengan sendirinya dengan perlahan-lahan.

to be continued in the next post...




Wednesday 21 September 2016

Achondroplasia

Apa itu Achondroplasia? Ia adalah kelainan genetik dari pertumbuhan tulang. Maksudnya pengidapnya akan menjadi kerdil. Purata ketinggian mereka adalah 130cm untuk lelaki dan 125cm untuk wanita. fungsi otak mereka adalah normal dan mereka boleh bersekolah seperti kanak kanak lain. Mereka juga boleh bekerja dalam berbagai bidang seperti bidang undang -undang, perubatan, perniagaan dan lain lain lagi. Tiada kekangan. Cuma tumbesaran mereka akan terbantut dan mereka mungkin akan menghadapi beberapa masalah seperti masalah tulang belakang, masalah pendengaran, mata dan sebagainya. Inilah keadaan anak saya yang ke enam. 
Bagaimana penerimaan saya? Saya amat bersyukur kerana pernah mengidap anxiety. Saya tau bagaimana hendak mengelak dari terus merasa sedeh. Jika saya tak pernah menghadap anxiety kemungkinan besar amat sukar bagi saya menerima keadaan anak saya sekarang. Walau apapun saya amat bersyukur di kurniakan seorang anak yang istimewa yang bakal menjadi peneman saya suami isteri apabila anak anak saya yang lain semakin membesar dan memulakan hidup sendiri. Saya sentiasa mendoakan agar kesihatannya sentiasa baik dan tidak menghadapi apa apa masalah dalam proses tumbesarannya.
Cuma satu perkara saja yang merisaukan saya. Saya tak mau dia merasa rendah diri atas keadaannya dan nikmati kehidupannya to the fullest. 

Monday 5 September 2016

Anxiety and Pregnancy..

Bila saya di sah kan mengandung anak saya yang ke 6, perasaan saya bercampur baur. Gembira dan risau bercampur aduk. Doktor yang biasa merawat saya hanya tergelak sebab dia tau saya sangat risau kalau kalau saya di sahkan mengandung. Seperti biasa dia akan memujuk saya dan menenangkan saya yang semuanya akan baik baik aje. Perancangan Allah kita tak tahu. Banyak perkara yang saya risaukan sebenarnya, faktor umur, faktor saya yang dah 10 tahun tak mengandung, masalah masalah yang saya hadapi semasa kandungan yang sebelumnya macam darah tinggi dan kencing manis dan yang paling saya risaukan masalah anxiety saya akan datang semula.
Seperti biasa saya mendapat masalah kencing manis dan perlu mendapatkan insulin tiap hari tetapi masalah darah tinggi tak ada pulak. Saya pernah bertanya kepada doktor yang membuat pemeriksaan rutin kandungan saya, boleh tak saya mendapat semula masalah anxiety memandangkan saya banyak kerisauan. Dia agak keliru dengan persoalan saya dan situasi menjadi agak kelakar sebab saya pulak yang terpaksa menerangkan tentang anxiety dan simptom simptom yang di hadapi oleh pengidap anxiety. Doktor juga mencadangkan saya membuat ujian untuk mengetahui tahap kesihatan bayi saya dalam kandungan atas faktor umur. Air ketuban saya akan di ambil untuk di uji dan mengetahui jika bayi saya akan mengidap down sindrom atau masalah masalah lain. Saya bertanya apakah yang akan mereka lakukan jika anak saya mengidap down sindrom. Tak ada apa apa yang akan dilakukan jawapannya. Ibu ibu biasanya akan di beri kaunseling sebagai persediaan. Berulang kali saya diingatkan tentang risiko mengandung di usia saya. Adakalanya saya agak bosan sebab saya lebih suka menyerahkan segalanya pada Yang Maha Esa. Saya tidak bersetuju untuk mengambil ujian tersebut dan saya pasti saya kuat untuk menghadapi apa sahaja nanti. Tapi betulke saya kuat? hehe
Semasa saya pergi membuat ultra sound di sebuah klinik untuk mengetahui jantina bayi saya, doktor itu mendapati bahagian tulang femur bayi saya agak pendek berbanding usianya.Ada aja penyebab untuk saya dapat balik anxiety saya ya? Hehehehe. Dia memujuk saya dan menyatakan itu tak bermaksud apa apa. Saya juga ada membaca berbagai forum dengan masalah yang sama dan mereka juga tak ada apa apa masalah.
Alhamdulillah saya bersalin melalui C-sec dan anxiety tak berkunjung lansung menziarahi saya.
Bayi perempuan saya lahir dengan berat 3.6kg. Terus di bawa ke wad pediatrik. Saya agak risau jugak dengan keadaannya sebab masa lahir dia agak lambat menangis dan semasa membuat follow up di klinik pediatrik Hospital pakar anak saya di sahkan  'Achondroplasia'. Boleh jadi punca anxiety juga tu.  Apa tu? saya akan ceritakan nanti di post saya seterusnya.

Monday 29 August 2016

Degilnya penyakit ni...

Ada orang tertanya tanya, kenapa susah sangat dia nak baik dari gerd and anxiety ni. Dah jaga makan tapi kembung jugak lepas makan. Well, let me tell you something. Kadang kala kita dah rasa kita jaga makan. Pada hakikatnya belum cukup lagi. Ada certain benda yg tersorok kita tak perasan. Sebab itu saya suka meminta mereka mereka ni cek balik apa yang mereka makan. Mesti ada yang tak kena. Selalunya memang akan terjumpa mana silapnya provided kalau dia jujurlah nak bagitau apa dia makan.
Ada pulak tu dah elok jaga makan. tapi tak elok jugak. Kena pulak nengok dari segi lain. Hati dah bersih ke? Hasad dengki ada lagi ke? Dah maafkan semua orang dan mintak maaf dari semua orang ke? Hati yang bersih ni pun penting untuk sembuh. Kalau hati tu masih belum bersih, tak habis habis hasad dengki, hati sakit aje 24 jam, stress, mcm mana nak baiknya. Bila stress aje mmg efeklah sistem badan especially sistem penghadaman.
Banyak kerja sebenarnya nak baik ni. Nak kena jaga makan, nak kena ubah cara hidup dan macam macam lagi. Bukan senang tau. Hanya yang sanggup aje boleh lepas. Yang separuh separuh jalan ni memang la payah sikit. Korban kan la makan sedap tu sekejap. Kesian perut tu. Lama dah kita pakai dia. Duk menyiksa dia hari hari. Senangkan sikit kerja dia.
Ubah cara hidup.Apa maksudnya?  Kalau suka supper tengah tengah malam tu bawak bawak la berhenti. Kalau merokok pun berhenti. Kalau selalunya nak marah aje cuba kawal kemarahan tu. Bersangka baik dengan semua orang. Jangan asyik nak cari gaduh aja. Kalau rasa dah jauh dari agama, cuba balik ke pangkal jalan.
Kita dah baik maksudnya kita dah boleh hidup macam sebelum kita sakit. Bukan maksud kita boleh kawal sakit tu. Maksudnya dia tak datang lagi menjengah. Kalau rasa dia datang dan kita boleh kawal belum lagi tu. Perlu berusaha lagi untuk sembuh. Best of luck guys......

Monday 22 August 2016

Psychologist vs psychiatrist

Saya memang agak anti dengan ubat 'antidepressant' dan saya amat hairan kalau ada kalangan kawan kawan saya yang mendapat ubat ini walau baru pertama kali berjumpa dengan 'psychiatrist'. Bukan ke sepatutnya mereka perlu menjalani berbagai ujian untuk tau tahap kesihatan mental masing masing dan apa penyebabnya? Mungkin ada kekurangan vitamin di mana mana ke? Pada pendapat saya kebanyakan pesakit gerd yang mendapat anxiety, mereka masing lagi boleh mengawal kewarasan masing masing. Cuma pemikiran yang agak terganggu. Saya pun tak pasti bagaimana tahap mental seseorang yang memerlukan dia diberi antidepressant.
Oleh sebab itu saya lebih prefer berjumpa dengan 'psychologist'. Mereka mempunyai fungsi yang sama cuma tidak boleh prescribe ubat ubatan. Sebaliknya 'psychiatrist' merupakan doktor perubatan sebelum mereka menjadi pakar jiwa, itulah  sebabnya mereka boleh prescribe ubat-ubatan macam antidepressant.
Saya berjumpa dengan 'psychologist' sebab tak faham apa sebenarnya yang sedang berlaku atas diri saya. Pada ketika itu lah. Dari situ saya mula memahami, saya perlu berjuang sendiri untuk sembuh dari anxiety. Beliau cuma boleh membantu dari segi memberikan idea tentang apa yang perlu saya lakukan. Segalanya saya perlu lakukan sendiri. Saya hanya sempat berjumpa beliau untuk dua sesi sahaja sebelum saya mengambil keputusan untuk mengikut cadangannya dan melawan sendiri.
Alhamdulilah, bila saya faham perjalanan minda saya dan saya faham apa yang sebenarnya sedang terjadi yang menyebabkan saya jadi begitu , ditambah pula dengan GERD saya yang semakin jauh dari saya ,segalanya beres.
Saya selalu menasihati kawan kawan yang mendapat anxiety sebelum GERD, cari dulu punca anxiety tu. mmglah ia terjadi atas sbb perubahan kimia dari otak, tapi apa yang menyebabkan perubahan itu perlu dia cari dan selesaikan dulu. Mungkin kita akan mendapat  'piece or mind' dari situ yang sedikit sebanyak membantu untuk kita segera sembuh.
Dan sekiranya mendapat anxiety sebab GERD pula, tak ada jalan lain lagi kena la jaga makan dulu dan anxiety itu akan berkurangan nanti sebab biasanya mereka mendapat anxiety sebab tak faham apa yang sedang berlaku dalam perut tu. Bila perut ok, minda pun gembira. Pergilah anxiety tu, tak gitu?
Saya juga selalu menekankan supaya kawan kawan saya fahamkan GERD dan anxiety. Dengan cara itu mereka lebih mudah melawan. Ramai ke yang ikut nasihat saya?

Sunday 21 August 2016

My thoughts, my mind

Saya seorang yang optimist. Dalam kamus hidup saya tak ada perkataan putus asa. Itulah sebab bila doktor beritahu, saya tak boleh sembuh saya GERD, saya tak boleh terima. Walaupun masa tu nak mengharung hidup dari sehari ke sehari pun seksanya Allah aje yang tau. Dah la sorang. Tak jumpa lagi kawan yang senasib. Doktor pun tak banyak bagi maklumat. Nasib baik la ada Pakcik Google. Hari hari la duk mengodek, keluar la penyakit mengarut ngarut, saya tak peduli pun. Alhamdulillah tak pernah pulak saya kena 'panic attack' bila meng'google' symptom. Dari situ saya banyak belajar dan faham.
Saya berdoa supaya saya atau sesiapa sahaja tak perlu lagi lalui sakit macam dulu. Tapi kadang kadang bila menengok attitude orang keliling kawan kawan saya yang sakit tuh terlintas jugak, kau kena baru kau tau langit tinggi ke rendah. Kadang kadang saya nengok manusia manusia macam ni la yang buat kawan kawan saya lambat baik. Mencemuh, menghina, memandang rendah dan menuduh kawan kawan saya mengada ngada. Namun begitu, saya mendoakan kawan kawan saya kuat dan menjauhkan diri dari orang orang yang begini. Selalu positifkan diri.
Sympton Gerd masih lagi dalam kadar yang boleh di tolerate tapi symptom Anxiety agak susah. Melalui hari hari dengan bermacam macam rasa dalam kepala memang menyiksakan. Tiap tiap hari risau dan takut. Urusan kerja dan rumahtangga terganggu. Saya pun tak tau macam mana saya lalui hari hari tu. Makan tak lalu, malas nak bersosial. Saya seorang yang amat aktif di Facebook dan tiba tiba saya menghilangkan diri .
Saya agak keliru jugak bila ada yang masih kata sakit teruk masih aktif di Facebook dan sempat pulak menjual berbagai suplement padahal diri sendiri pun belum sihat lagi. Lebih teruk lagi yang menyamar bekas pesakit hanya untuk menjual suplement. The worst menyamar 'doktor'. Saya memang sangat anti dengan golongan ini.

Monday 15 August 2016

Chest pain, GERD and anxiety


Salah satu sebab utama sakit dada yang bukan di sebabkan oleh jantung adalah GERD. Bagaimana terjadinya demikian? Asid refluks yang kerap akan menjadikan pedih ulu hati (Heartburn). Dada akan rasa panas, sakit dan kadangkalanya menyucuk.
Macammana pulak anxiety menganggu sistem penghadaman? Salah satunya adalah tindakbalas 'Fight and flight'. Bila tindakbalas ini diactivate ianya akan mengempam darah bersama adrenaline dan semua hormon stress akan bersedia untuk bertindak.Ini lah yang membuat kita berpeluh, rasa resah dan menjadikan jantung kita berdegup kencang. Dari sudut Gerd pulak ia akan menjadikan perut huru hara. Ia mengeluarkan darah dari dalam perut dan menghantarnya ke bahagian badan yang lain seperti kaki dan tangan supaya dapat membekalkan kadar oksigen yang lebih tinggi kepada bahagian badan tersebut. Bila perut kekurangan darah ini ia akan membuatkan keupayaan perut melakukan kerjanya menjadi berkurangan iaitu penghadaman. Masalah penghadaman yang berpanjangan ini lah yang boleh menyebabkan terjadinya Gerd.
Bila kita resah atau panik, otot-otot akan menjadi tegang dan kalau kita terus menerus berada dalam situasi ini, ia akan menyebabkan kesakitan. Bila anxiety menaikan kadar degupan jantung dan menaikkan tekanan darah, ia juga boleh menyebabkan sakit dada.

https://www.facebook.com/groups/GastrikAsidrefluk/

Friday 12 August 2016

Food to avoid


Helicobacter Pylori

Helicobacter Pylori atau H.pylori merupakan sejenis bakteria yang boleh masuk ke sistem penghadaman kita melalui makanan, air, atau alatan yang kita guna untuk makan. Setelah sekian lama barulah di sedari yang merokok, makanan pedas atau stress bukanlah penyebab ulser tapi H.pylori. Bakteria ini bijak menyembunyikan dirinya di dalam lapisan perut, Bila dia dapat masuk ke dalam perut, dia akan menyerang lapisan perut yang melindungi perut dari asid perut. Hpylori merosakkan lapisan perut dan asid akan dapat masuk ke lapisan perut dan terjadilah ulser. Namun bukan semua orang yang dijangkiti H.pylori akan mendapat ulser. Antara simptomnya adalah perut kembung, muntah-muntah, penurunan berat badan, dan sendawa yang mana tidak dapat di hilangkan walaupun dengan menjaga pemakanan.
Bagaimana nak tau kita ada H.pylori atau tidak? Antaranya kita boleh menjalani endoskopi di mana kamera kecil akan di masukkan melalui salur makanan ke perut. Kita juga boleh menjalani ujian yang dipanggil Urea Breath Test dimana pesakit akan diberikan cecair khas yang mengandungi urea. Kemudian anda akan disuruh menghembus nafas ke dalam beg khas. Jika ada Hpylori, dia akan menukarkan urea ke karbon dioksida.
Jika didapati positif, 2 jenis antibiotik dan ubat untuk mengurangkan asid akan di bekalkan selama 2 minggu. Pemakanan juga harus dijagas, sama seperti pengidap gerd.
Apa kaitan Gerd dan Hpylori?  Hpylori akan mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat GERD dan jika anda mengidap gerd, walaupun Hpylori dapat dibunuh, ia tidak akan mengurangkan simptom gerd.

Wednesday 10 August 2016

Inflammation

Apa itu inflammation? Inflammation ni sebenarnya satu tindakbalas imune. Contohnya kalau tangan tersepit di pintu, kita akan rasa sakit dan tangan kita akan menjadi bengkak dan merah. Rasa sakit, bengkak dan merah itulah yang kita panggil tindakbalas. Ataupun kita mendapat demam, suhu badan yang naik itu di katakan inflammation. Inflammation ni juga sebenarnya cara badan kita memberitau kita bahawa bahagian badan kita itu menghadapi ancaman dan itulah caranya dia melindungi dirinya. Ia sebenarnya adalah sel darah putih yang menyerang apa apa sahaja yang dianggap sebagai ancaman. Ia adalah sistem pertahanan badan tetapi boleh menjadi keterlaluan (kronik) sehinggakan sel normal pun akan menjadi mangsa serangannya dan proses penyembuhan biasa menjadi sesuatu yang memusnahkan. Inflammation boleh terjadi di semua anggota badan, jika di jantung kita akan mendapat serangan jantung, jika di sendi kita akan mendapat radang sendi atau arthritis. Kita boleh mendapat inflammation di esofagus di sebabkan asid refluks di mana esofagus menjadi merah dan bengkak. Jika di perut pulak kita akan mendapat gastritis atau lebih kronik lagi ulser serta kanser. Inflammation yang kronik dikatakan sebenarnya lah yang menjadikan pelbagai penyakit. Jika dulu sering kali kolesterol dikaitkan dengan sakit jantung sekarang tidak lagi. Inflammation lah  sebenarnya punca serangan sakit jantung itu. Inflammation yang kronik juga berlaku di sebabkan "bone marrow" tidak mendapat bekalan nutrisi yang cukup untuk menghasilkan sel darah. Stress, merokok, kurang tidur, diet, pencemaran dan kurang bersenam boleh juga menjadi punca inflammation yang kronik. Kita boleh mencegah inflammation yang kronik dengan mengelakkan makanan bergula, makanan tenusu, makanan bergoreng (deep fried), barli, kacang tanah dan sebagainya. Memakan sayur-sayuran hijau, berries, kunyit dan avogados antara makanan yang dapat mencegahnya.

Sunday 7 August 2016

They need help..

Pagi tadi terdengar la berita di radio, seorang anggota polis tertembak isteri masa bergelut. Asalnya dia nak bunuh diri, isterinya cuba menghalang. Alasan yang di beri, gangguan makhluk halus yang saya percaya dia berhalusinasi. Halusinasi ni kita dengar suara dari luar yang memberi arahan macam macam kat kita. Suara tu bukan datang dari dalam kepala kita.
Pada pendapat saya la, mereka mereka yang macam ni perlu diberi perhatian oleh orang orang keliling terutama keluarga terdekat. Kadang kala bila mereka mengadu keluarga seakan akan tidak percaya dan tidak ambil peduli sebab memikirkan keadaan mereka tidak bahaya. Kadang kadang agak sedeh juga bila kawan kawan yang mengidap gerd and dalam masa yang sama mengidap anxiety atau depress keluarga mereka tidak mengambil tahu. Sebaliknya mencemuh dan kutuk lagi macam macam. Mengadalah , saja buat buat cerita la. Kadang kadang pesakit dah hantar ugutan nak bunuh diri pun, mereka masih buat tak tau.
Atas sebab sebab ini la penyakit mereka boleh melarat ke peringkat yang lebih teruk. Kita kena aware setiap masa. Jangan terlepas pandang. Mereka perlukan bantuan kita. Sekurang kurangnya bagi la perhatian kalau tak dapat nak menolong pun. Jangan pulak di tambah dengan segala cacian dan cemuhan. May be dengan perhatian yang kita bagi, mereka akan beransur ansur baik.
Kajian menyatakan dalam tahun 2020 kemungkinan 20% rakyat Malaysia akan menghadapi masalah mental. Tanda tandanya pun banyak dah kita nampak sekarang. Mainkan peranan kita. Bantu la keluarga dan rakan rakan yang perlukan perhatian kita untuk bebas dari anxiety dah depression. Peranan kita amat penting.

Saturday 6 August 2016

Kesan kesan refluk asid


Kesakitan akibat Asid refluks boleh bermula dari bahagian perut yg sangat rendah sehingga ke dada . Kesakitannya akan dirasakan merebak sehingga anda tidak tahu dari mana titik puncanya. Selain dari perut dan dada , sisi perut anda berasa seperti kekejangan. Sakit di bahagian atas belakang dan leher pula digambarkan seperti anda sedang ditikam di dada dan tembus ke belakang badan dan belikat.
Ada kalanya sesakitan ini tidak dijangkakan berkaitan dengan asid refluks kerana ia hanya akan terjadi dalam jangka masa yg agak lama setelah anda menghadapi masalah asid refluks.

Bitter truth..

Semenjak saya sembuh dr gerd anxiety ni saya banyak bergaul dan berkawan dengan mereka mereka dr golongan itu, termasuk lah pesakit gastrik. Dr pemerhatian saya, mereka mereka ni bukan sahaja terpaksa berdepan dgn sakit tetapi juga terpaksa berdepan dgn pasangan dan ahli keluarga yg kurang atau tidak lansung memberikan sokongan atau support untuk pesakit pesakit ini. Lebih teruk lagi mereka di katakan mengada ngada dan sengaja mereka reka cerita tentang sakit.
Gerd dan anxiety mmg lah tak nampak di mana sakitnya hanya yg mengalami sahaja tau betapa seksa rasanya. Percaya lah ckp saya mereka bukan mengada ngada atau berpura pura. Mereka perlu menjaga pemakanan sebab byk makanan yg tidak boleh di makan. Mereka perlu bantuan pasangan terutamanya isteri untuk menyediakan makanan yg boleh di makan.
Saya amat bernasib baik kerana suami, ibu bapa serta ahli keluarga saya amat memahami apa yg saya rasa dulu dan saya amat bersyukur.

Pengalaman seorang sahabat....

Berikut pegalaman sahabat kita. Baca dgn hati terbuka ya.
Assalammualaikum dan salam sejahtera.Tak tahu nak mulakan dari mana.Sekadar perkongsian dari pgalaman yg lalu.Moga jadi iktibar buat yg membaca dan mengalaminya.Penghujung tahun 2013 menjadi detik hitam yg tak mungkin akan sy lupakan sepanjang hayat.Bermula dgn pernafasan yg tidak seimbang,melarat dan melarat hingga akhirnya saya trlantar tak berdaya.Keluar masuk hospital jadi rutin harian.Setiap malam suami hantar saya ke kecemasan.Setiap kali itu jugalah darah saya diambil untuk ujian.Tangan saya lebam teruk sampai tak tau mana tempat lagi harus dicucuk.Doktor sendiri bingung.Stiap hari ECG dibuat,tapi gerak jantung sy kelihatan normal.Begitu juga dgn keputusan darah.Sy alami kesukaran bernafas setiap hari.Awalnya simptom tersebut cma menyerang dari waktu asar hingga malam tpi lama kelamaan ia menyerang tanpa mengira masa.Bertalu2 hingga akhirnya saya rasa tak mampu.Suami,emak dan ayah orang yg paling setia menjaga saya ketika itu.Asal trdengar ada orang boleh mengubat,mereka akan hantar saya berubat kesana.Tak tau nak gambar macamna pengorbanan mereka.Saya ceritakan bagaimana tulus ikhlasnya pgorbanan suami.Anda tau,waktu saya sakit,saya tak mampu buat ape2,suami uruskn smuanya sendiri.Dia basuh & gosok pakaiannya sendiri.Mkn minum sendiri juga diuruskan sendiri.Time pergi kerja,dia ke tempat kerja tapi baru sempat tulis nama,emak dah menelefon,minta suami balik sebab nampak saya macam orang dah nazak.Hari2 macam tu sampai terdengar suara2 sumbang guru2 mengata mengenai suami saya tapi beliau diamkan saja.Bagi beliau,nyawa saya lebih utama.Dulu,suami saya main emas.Bila saya sakit,duit yg ada tak mencukupi,suami jual semua emas2nya utk tampung perubatan saya.Dapat tak anda byangkan macamna keadaan suami saya hadapi semua ni?Tapi sekalipun beliau tak prnah merungut.Saya nak mandi,mak dan suami yg papah sy kebilik air.Mereka berdualah yg bertnggungjwb memandikan saya,lap badan,dan papah sy smula ketempat tidur.Mak suapkan makanan dalam mulut saya tapi tekak sy tak boleh trima sampai sy menangis sebab jangankan makan,minum air juga saya tak lalu walhal badan sy sudah cukup lemah.Saya banyak menangis sampai satu hari mak saya kata ' kalau mak tau kkcik nak jadi macam ni,mak taknak lahirkan kakcik atas dunia ni.Sakit kkcik sekarang,sakit lagi jiwa mak yg lahirkan kakcik kedunia..'Airmata saya mengalir deras dgar kata2 mak ni.Saya rangkul mak erat.Saya faham mak tak sanggup tengok sy trus dlm keadaan sedemikian.Saya alami sakit ni setiap hari,bukan sesekali.Apa ada yg lebih teruk dari ni?Setiap hari sy fikir saya akan mati.Hidup sy dalam ketakutan.Sy takut klu2 sy terlelap,nyawa saya akn direntap.Macam2 dalam fikiran.Pun begitu,solat sy tak pernah tggal.Mak tlg sy ambil wudhu'.Disebabkan pnyakit ni juga,sebulan saya terlntar di wad.Sy trauma.Trauma yg amat.Lelah doktor hospital kerajaan ni mengesan penyakit saya tapi tetap tak jumpa petunjuk.Smpai akhirnya mereka rujuk sy kebahagian pyschiatrist.Malunya saya bukan kepalang tapi saya tahankan jua.Saya tau saya tak gila.Hasil ujian sebnyak 3 peringkat,pakar pskiatrik bergelar Dato' sahkan bahawa saya BEBAS dari sebarang unsur penyakit mental.Alhmdulillah,syukur.Tapi suami yg tak pernah putus asa,tetap juga ikhtiar utk penyembuhan saya.Dan akhirnya beliau bawa saya kehospital swasta,KPJ.Disitulah baru saya tau bahawa saya salah seorang dari penghidap penyakit misteri bernama GERD ini.Dulu,saya fikir cuma saya satu2nya mnusia yg mnghidap penyakit ini tapi setelah dibuat research,baru saya tau ramai lagi rupanya yg senasib dgn sy bahkan lebih teruk lagi.Perlu utk sy kongsikan juga disini,sewaktu penyakit sy ini ditahap kronik,sy TAK pernah putus harap pada Allah.Selain ikhtiyar,doa merupakan senjata terpenting saya.Penyakit ini buat sy sentiasa muhasabah diri.Sampai satu saat,bila rasa dah tak trtanggung,saya mnta Allah ambil nyawa saya tapi Allah Maha mengetahui apa yg trbaik buat hambanya.Pernah sy tanya pada suami,knpa Allah uji saya macam ni.Trbaring macam orang yg tggu masa utk pergi.Lalu jwb suami saya 'Sayang,jangan tanya saya soalan macamtu.Selama ni,saya tak pernah kisah hntar sayang berubat kesana sini tapi saya kisah bila syg persoal taqdir Allah.Syg orang belaja agama.Allah Maha tau ape yg terbaik utk hambanya.Klu syg betul2 sygkan sy,hargai apa yg sy dh buat utk syg selama ni,sayang kena lawan penyakit ni utk saya'.Allahhu.Meraung sy dibuatnya.Saya rangkul suami erat.Dalam hati saya berdoa supaya Allah masukkn suami saya kesyurga tanpa hisab.Dan antara moment yg paling tak dapat saya lupa,waktu sy trlantar dihospital.Suami diserang cirit birit tapi beliau tetap berkeras utk temani saya.Malamnya beliau tdur di lantai hospital tanpa alas.Disebbkan cirit birit,habis basah seluarnya tanpa sempat beliau ketandas.Allahhuakbar.Betapa Malaikat mencatatkn kebaikan buat suami sebegini dek sygnya trhadap isteri.Dia tak pernah putus doa trhadap sy.Hari2 beliau mnta sy redha dan kuat melawan penyakit istimewa ini.Dek kerana pengorbanan suami yg tak trkira inilah akhirnya sy bangkit bersungguh2 utk melawan.Dan hasilnya,Alhmdulillh,saya sembuh 100% seperti sekarang.Pada sesiapa yg kata pengalaman sakit saya tak cukup teruk seperti apa yg kalian alami sekarang,boleh tanya pada orang sekeliling yg pernah menghidap penyakit ini.Saya diberitahu bahwa ada pasangan yg TELAH bercerai kerana kegagalan pasangan dalam memahami penderitaan yg dialami oleh pasangannya.Kalau kalian rasa kalian teruk diuji,percayalah bahwa hakikatnya bukan hanya kalian,bahkan org yg menjga kalianlh sbenrnya yg di uji lebih lagi.Klu kalian yg dipilih untuk menjga mereka,blum tentu kalian dapat mnyempurnakn taggungjwb menjaga mereka sbgaimana sabar dan tabahnya mereka menjaga kalian saat diuji.Benar.stiap ujian manusia itu berbeza2 tapi percayalah,Allah tidak pernah mentaqdirkan sesuatu utk sesuatu yg sia2.Percayalah.Ubat yg paling mujarab utk melawan sakit ini adalah diri anda sendiri!Jgn putus harap pada Allah.Sy pernah lalui dan saya berharap,anda juga akan kuat utk melalui semua ini.Penyakit gerd ini tiada ubat yg khusus melainkan penyerahan sepenuhnya terhadap Allah setelah berusaha utk merawatnya.Di dalam konteks akidah,trdapat 2 qada' yakni ketetapan.Yg satunya dipanggil muallaq,yg satunya lagi dipanggil mubram.Apa itu qada' muallaq?Qada' muallaq adalah qada' yg boleh berubah manakala qada' mubram adalah qada' yg tidak boleh berubah kerna mengikut ketetapan Allah sejak azali.Waktu mati,tarikh mati semuanya adalah tetap.Itu yg dinmakan sbgai qada' mubram.Tapi bagaimana cara utk kita mati,bergantung pada ikhtiyyar,usaha kita sendiri.Klu kita ingin mati dalam keadaan beriman,jangan pernah tggal solat,zikir dan Al Quran kerna siapa tau,pada saat itulah ajal kita dtang dan ini yang dinamakan sebagai qada' muallaq,qada yg boleh berubah mengikut jalan usaha dan pilihan.Percayalah,sakit adalah waktu terbaik utk muhasabah cinta kita kepada Allah.Lihat orang lain dgn penuh kasih syg kerana batin yg suci hanya akan bercantum dgn batin yg suci jua.Jika kita melihat orang dgn pnuh perasaan benci,dari awal hingga akhirpun kita tak akan kenal erti penerimaan.Brlapang dada,maafkan apa jua kesalahan insan.Mgkin ada kekhilafan kita hgga diuji sedemikian rupa.Buat smua yg masih bertarubg dengan pnyakit ini,smoga Allah memprmudahkan laluan anda.Alhmdulillh,saya telah bebas stelah melalui berbagai bentuk ujian.Semoga Allah melimpahkan kurniaNya buat kalian juga.Agi idup agi ngelaban.Selagi hidup,selagi itu kita lawan!Selamat berjuang..

Why you are always hungry?

Mari bercerita pesal kenapa.perut asik lapar pulak. Kenapa keadaan ini berlaku? Sbb asid perut kita yg x optimum. Asid kita dikeluarkan hampir setiap masa..sikit sikit tapinya. Ni.bagi org yg sihat lah..paling byk di keluarkan sepatutnya semasa kita makan. Bila makanan masuk perut asid kasi hadam makanan beredar ke usus kecil pulak. Habis dah kerja dia..tetapi.dlm.situasi korang yg cepat lapar ni makanan tidak dihadam dgn sempurna sbb asid yg tak optimum tu. So makanan tu duk aje la lelama lam perut tu tak pi usus. Asid pun sama la duk situ jugak. Lepas tu asid kluar la lagi walaupun asid n makanan lama tu ada lagi lam perut. istilah asid byk yg korang selalu ckp tu sebenarnya bukanlah perut terlebih produce asid tapi di sebabkan asid lama n makanan yg tak sempat kluar dr perut di tambah pulak dgn asid yg baru di kluarkan oleh perut. Ini lah yg di katakan dyspepsia. Salah satu kesannya tu la yg rasa mcm lapar tapi sebenarnya bukan lapar tu di sebabkan keadaan tadi.

Penyebab dan simptom GERD


Obesiti boleh dikaitkan dengan GERD. Faktor-faktor risiko yang lain untuk GERD termasuk
kehamilan,
merokok dan
Hernia hiatal (unjuran perut ke dalam rongga dada yang disebabkan oleh kecacatan dalam diafragma , yang biasanya memisahkan dada dari abdomen ).
Menurut beberapa kajian dan kaji selidik, anxiety dan kemurungan juga boleh menjadi satu lagi pencetus untuk pedih ulu hati .
Gejala GERD berbeza-beza dari seorang ke seorang
Tanda-tanda dan gejala GERD termasuklah:
Rasa terbakar di dada ( pedih ulu hati ) ,mencucuk di dada (semasa menarik nafas) kadang-kadang merebak ke tekak , bersama-sama dengan rasa masam dalam mulut
Jika anda mengalami pedih ulu hati yang kerap atau lama ( dua kali seminggu secara tetap ) , berjumpalah dengan doktor anda .
Kesukaran menelan (dysphagia)
Batuk kering yang kronik , terutama pada waktu malam. GERD adalah penyebab biasa batuk yang tidak dapat dijelaskan . Ia tidak jelas bagaimana batuk disebabkan atau diburukkan oleh GERD .
Serak atau sakit tekak
loya
Memuntahkan makanan atau cecair masam ( refluks asid )
Sensasi ketulan di tekak anda
Asma - Asid direflukskan boleh memburukkan asma dengan mengganggu saluran pernafasan dan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat asma boleh membuat GERD lebih teruk .
Peningkatan air liur secara tiba-tiba
Nafas berbau

Mengapa terjadinya asid refluks


Perut mempunyai dua injap , sfinkter yang lebih rendah esophageal ( LES) ( di bahagian atas perut ) dan sfinkter pyloric ( di bahagian bawah perut ) . Sfinkter pyloric adalah injap sehala , manakala LES direka untuk membuka kedua-dua hala .
Apabila tekanan (penghasilan gas ) yang berlebihan terkumpul di perut , di sebabkan ketidakhadaman makanan akibat kurangnya pengeluaran asid serta pH asid yang tidak optimum (antara ph 1.5 ke 3) bagi membolehkan pembukaan sfinkter pyloric , hanya satu pilihan sahaja yang ada iaitu : Buka LES .
Pembukaan LES membolehkan pelepasan tekanan (asid perut dan makanan separuh hadam ) ke dalam esofagus dan itulah yang biasanya membawa kepada gejala pedih ulu hati dan refluks asid .
Walaupun perut anda tidak menghasilkan asid yang cukup , apa-apa jumlah asid pergi ke dalam esofagus akan mengakibatkan gejala tidak selesa kerana esofagus tidak direka bentuk untuk mengendalikan asid perut . Pembukaan kerap LES ke arah esofagus akan menyumbang kepada injap lemah yang menggabungkan masalah itu .
Terdapat banyak keadaan perubatan yang berbeza yang boleh mengubah warna air liur seseorang, tetapi sebab-sebab yang paling biasa bagi menjadikan air liur berwarna putih adalah mulut kering , ubat-ubatan, jangkitan pada bibir , pipi , dan gusi , masalah penghadaman dan keadaan autoimun . Kebanyakan kes tidak serius dan sering didapati bahawa air liur akan kembali normal dengan sendiri.
Refluks asid yang kronik dan penyakit berpunca gastroesophageal kadang-kadang juga boleh menyebabkan perubahan air liur . Air liur pekat dan ludah putih adalah symptom biasa apabila perut seseorang cuba untuk mencerna makanan yang di ketahui akan menganggu saluran pencernaan.
Esofagus tidak direka untuk terdedah kepada kandungan asid dari perut. Badan kita akan menafsirkan keadaan ini sebagai bahaya dan bahagian-bahagian sistem saraf autonomi menganggap asid ini telah berada di tempat yang tidak sepatutnya . Isyarat amaran akan dihasilkan . Ia memberitahu badan untuk bertindak balas untuk melindungi esofagus . Tisu badan bertindak balas melalui pelbagai mekanisme termasuklah membuat mukus .
Ini adalah gejala yang biasa bagi sesetengah pesakit GERD. Ia begitu melekit sehingga mereka berasa seolah-olah mereka terpaksa menarik keluar mukus itu keluar dari belakang tekak dengan menggunakan tangan .Sensasi ini adalah disebabkan oleh bengkaknya tisu tekak kerana ketebalan dan kepadatan lendir yang dihasilkan itu.

Panic attack


Serangan panik atau ‘panic attack’ melibatkan perasaan ketakutan yang tiba-tiba menyerang tanpa amaran .Ini boleh berlaku pada bila-bila masa , walaupun ketika tidur .
Orang yang mengalami serangan panik percaya bahawa mereka mengalami serangan jantung atau mereka akan mati atau menjadi gila . Ketakutan ketika serangan panik yang di alami oleh seseorang bukanlah keadaan sebenar dan mugkin tidak berkaitan dengan apa yang ada di sekeliling mereka.
Kebanyakan orang dengan serangan panik mengalami beberapa gejala berikut :
Degupan jantung yang laju
Rasa lemah , pengsan , atau pening
Kesemutan atau kebas pada tangan dan jari
Rasa takut, atau berasa seperti kematian menghampiri
Rasa seram sejuk berpeluh
sakit dada
kesukaran bernafas
Rasa kehilangan kawalan
Apa yang boleh anda lakukan? Jangan berjalan ke sana ke sini. Ini akan memburukkan keadaan anda. Cari tempat untuk duduk dan cuba bernafas dengan teratur.
Tarik nafas ikut hidung dan lepas kan ikut mulut dengan perlahan- lahan. Jangan bernafas ikut kelajuan degup jantung anda. Fokus kepada perkara yang mengembirakan anda dan ingatlah bahawa apa yang anda sedang alami cuma satu episod serangan panik yang akan berakhir jika anda mampu mengawalnya.
Bagi yang beragama Islam bila telah agak tenang bolehlah berzikir atau membaca ayat ayat Al-Quran.

Perut dan kekuatan mental

Perut n otak mmg mempunyai kaitan yg rapat. Itu tak boleh di nafikan. Sedikit kekacauan pada emosi boleh menyebabkan fungsi perut terganggu seperti gangguan pada sistem penghadaman.
Untuk menagani anxiety pulak kita mesti ada kawalan minda yg kuat. Minda yg lemah akan menyebabkan anxiety semakin menguasai diri kita.
Tetapi betulkah sengaja memakan makanan yg akan menganggu perut, jika kita memikirkan ia tak akan mempuyai effect, boleh menghalang makanan itu dr menggangu kita?
Ada suatu masa saya pernah amat yakin sayur bayam tak akan tinggalkan apa.apa kesan buruk. Dgn berselera saya makan. Akibatnya seminggu perut rasa nak meletup. Pernah juga saya amat yakin air batu juga tak akan ada kesan pada perut. Sama jugak hasilnya. Perut rasa nak meletup dekat nak seminggu. Kalau saya tak rasa takut takut untuk makan makanan yg saya sebut tadi kenapa perut saya terganggu juga? Bukan ke Kalau ikut teori nya kalau kita tak tau makanan tu tak elok untuk kita tak akan apa apa jadi?
Mungkin betul kita boleh mengawal effect makanan pada perut kita tetapi hanya pada yg betul betul boleh memastikan mindanya. Maksud saya, anda di anugerahkan kelebihan yg sebegitu. Jika tidak, mmg tak la jawabnya.
Bagi yg sering memberi alasan rakan rakan kata anda semakin kurus. Cuma fikirkan lojiknya anda tak makan makanan berminyak  atau segala yg di sebut junk food. Bukan ke lojik kalau badan anda semakin susut.tp susut dgn cara yg sihat sbb kita masih makan makanan yg berkhasiat. Lain la ceritanya kalau anda lansung tak makan segala kabohidrat protein serat dan anda semakin kurus. Kemungkinan tak cukup zat mmg ada di disitu.
Lepas tu bila dah rasa semakin kurus anda mula makan semula benda benda yg tak di makan pada asalnya tadi. Dan anda rasa perut anda ok. Ada tak terpikir di sebabkan selama 2 3 bulan anda tak ada mengambil jenis jenis mkanan tu perut anda semakin baik. Namun begitu anda tetap menyalahkan perbuatan anda menjaga pemakanan anda selama 2 3 bulan tanpa memikirkan mungkin apa yg anda buat itu adalah langkah yg betul.
Dan anda mula mengajak org lain yg masih sakit teruk untuk me lupakan niat masing masing untuk menjaga pemakanan kerana anda pikir itu satu kerja sia sia.
Kalau saya bagi tau Pulut tak bagi kesan pada perut. Bagaimana? Sila la makan. Gunalah kekuatan minda masing masing ya. Piece.

GERD and weight loss

Kita bercakap tentang topik yang agak konroversi pulak. Penurunan berat badan yang agak ketara. Ramai di antara pesakit GERD yang menyuarakan kebimbangan mereka atas penurunan berat badan. Ini jugak boleh melarat dan menjadikan pesakit gerd stress seterusnya mendapat anxiety. Pada saya isu ni tak rumit pun. Biasanya pengidap gerd kan kehilangan selera makan. Lepas makan ada pulak yang rasa mual dan nak muntah, perut kembung dan sebagainya. Siapa yang rasa selera kalau hari hari nak mengadap situasi macam tu. (Tapi yang peliknya ada jugak yang masih berselera makan. Haaahhha). Di tambah pula dengan berpantang makan. Mereka digalakkan makan makanan yang direbus, digrill atau dibuat sup. Makan pulak dalam kuantiti yang sedikit.
Lagi satu penyebabnya adalah siapa yang mengikut cara pantang yang saya usulkan tidak akan atau kurang mengambil produk gandum dan sama sekali menolak refined sugar. So apa lah yang nak di herankan kalau berat badan turun banyak.
Lain la kalau akan macam nak rak tapi berat gila gila turun. Barulah ada yang tak kena, Bukan? Nasihat saya fikirkan dulu macam mana nak sembuh. Berat badan kita akan fikir kemudian. Rata rata pesakit gerd dah buat pemeriksaan secara menyeluruh. Tak ada yang perlu dibimbangkan. Kebanyakan yang dah sembuh akan merungut pulak berat badan masing masing naik. Termasuk lah saya.Tapi saya dah bertaubat sekarang.  Dua dua hal nak fikir dalam satu masa , macam mana tu?

Friday 5 August 2016

Short of breath

Antara persoalan yang sering timbul di kalangan pengidap gerd adalah masalah pernafasan. Saya lebih suka menamakannya tidak puas bernafas instead of sesak nafas. Mengapa masalah ini terjadi dan apa kaitannya dengan Asid refluks?  Apa yang terjadi sebenarnya tak susah pun untuk kita faham. Bila asid naik ke atas adakalanya dia akan sampai ke tekak dan dapat masuk ke 'airway' atau salur pernafasan kita serta paru-paru.  Kekerapan asid yang naik tu pulak akan menyebabkan salur pernafasan itu menjadi sedikit membengkak sehingga menyebabkan salur itu menjadi sedikit sempit. Laluan untuk udara masuk dan keluar agak terhad. Itulah sebabnya kita akan merasa seperti tidak puas bernafas.
Bagaimana pula dengan asma? Asma mempunyai hubungkait yg rapat dengan gerd tetapi masih belum di ketahui lagi penyebab hubungkait tu. Ubat untuk asma dipercayai boleh menyebabkan asid refluks. Asid refluks pula boleh menyebabkan asma menjadi semakin teruk.
Biasanya apa yg selalu saya lakukan dalam situasi ni ialah mengurut bahagian belikat terutamanya sebelah kanan. Saya kurang pasti kenapa dengan berbuat demikian pernafasan saya menjadi lebih elok but it always works.
Untuk memulihkan semula pernafasan, kena la kita stopkan asid refluks. How? Of course la dengan penjagaan makanan. Kalau ada pun suplemen yang boleh membantu melegakan pernafasan, itu cuma sementara aje. Kalau asid refluks tak dapat dihalang pi mai pi mai tang tu jugak. Kita ambik suplemen dengan anggapan dia memulihkan pernafasan kita. On top of that makan tak di jaga dan tanpa kita sedari keadaan sebenarnya menjadi semakin buruk. Sebabnya kita cuma menghilangkan simptom bukannya masalah sebenarnya dari mana ianya bermula. Sama lah jugak kalau kita consume air yang tinggi tahap alkalinya. Simpton hilang tapi masalah dasar?

Thursday 4 August 2016

What is GERD?

Gerd atau nama panjangnya 'gastroesophageal reflux disease' adalah sejenis penyakit yang bersangkut paut dengan melimpahnya asid perut ke esofagus atau salur pemakanan. Tak kira la asid tu banyak atau sikit. Ini yang kita panggi asid refluks. Di antara esofagus dan perut ada satu injap yang kita sebut sebagai LES atau lower esophageal sphincter. LES ni kerja dia macam pintu (2 arah). Bila kita makan biasanya dia akan buka dan bila tak makan sepatutnya dia tertutup.
Mereka yang mengidap GERD ni pintu tu terbuka round the clock. Tak reti reti nak tutup dah. Tuh sebab asid banyak atau sikit pun melimpah ruah la dia naik ke esofagus. Adakalanya sampai masuk ke airway sehingga menyebabkan kita seperti tak cukup bernafas atau kurang udara. Apa pulak symtom- symtomnya? Biasanya pengidap gerd akan kerap terkena pedih ulu hati, sakit tekak yang berpanjangan, tekak seperti terasa ada sesuatu dan macam macam lagi. Penyebabnya pula seperti obesiti, Hernia, merokok, wanita mengandung dan ada beberapa sebab yang lain termasuk anxiety (vise versa). Saya sangat percaya yang gerd di sebabkan asid yang tidak optimum sebab kalau asid kita terlebih tak ada la masalah penghadaman. Pesakit gerd akan menghadapi masalah penghadaman yang agak ketara dan lanjutan dari situ perut mereka selalunya di penuhi angin (kembung)  yang kadang kalanya melarat ke kepala dan anggota badan yang lain seperti kaki dan tangan.
Apa beza pulak GERD dan Gastrik? Ini yang ramai orang confuse. Kebanyakkannya ingat sama aje sebab doktor pun suka bagitau pesakit GERD yang mereka ada gastrik. Gastrik sebenarnya adalah penyakit lain di mana perut kita akan berasa pedih. Ini di sebabkan radang yang ada di dalam perut.  Atara penyebabnya ialah bakteria (eg. hpylori), alkohol dan ubat ubat seperti 'pain killer'. Kalau dalam report doktor biasanya disebut sebagai 'gastritis'. Radang juga boleh menyerang bahagian lain seperti di esofagus (esophagitis), di usus (enteritis) dan sebagainya. 

Pertama kali 'Panic attack'

Ok lah. Kita continue. From that day onwards, clinic and hospital memang dalam radar jeh. pergi mana mana mesti make sure all the way ada clinic. ahahaha masalah betul. Dalam pada tu kawan kawan kat office suggest pi jumpa tabib (sinseh). Jelir lidah hulur tangan angin banyak katanya. Penghadaman ada masalah. Dia 'prescribed' (kehkheheeh)  ubat ubat herba. Lega la sikit. 2 set la jugak ulang ambik ubat dia.
Tapi one fine day,  pi ke Tangkak, cousin's wedding. Memang bertahan jeh, sampai sana terus muntah belahak bawah pokok. Mesti pokok tu maki maki den. Sorry pokok. dah tak tahan. Malam pulak lambat makan, hadoila. The next day, terus headed ke Shah Alam. Makan nasi minyak kau. Lepas balik on the way lam kereta, badan dah rasa lain macam. Rasa nak mati dan dan tu gak. Terus mintak en. husband hantar pi hospital and request warded. Duduk 4 hari situ , cek darah, scan and segala macam test, doktor tulis kat report "GERD". Hmmm as I suspected sbb dah godek godek tanya pak cik google. Tu pun doktor tak bagitau.  Sendiri yang busy body pi baca report kat katil.  And dia cakap tak boleh sembuh. Waaaaaaaaaaaa. Sabar jeh la. Lepas discharge, dapat ubat macam boleh bukak farmasi. Telan je la. Unfortunately sama jeh. Still perut kembung, still meloya, pening kepala, tangan kebas especially petang masa nak balik kerja.
Paling tak tahan kalau datang perasaan takut and risau. Tengah nengok TV pun dia mai. Memang rasa malam tu jugak nak cari ustaz. Pada satu petang, tengah drive balik dari kerja, tiba tiba rasa jantung dah laju, tiba tiba rasa blur and rasa macam dah nak mati. Satu badan dah berpeluh. Ya Allah , anak anak aku kecik lagi. Jangan la ambik nyawa aku dulu. Jalan dah la jem. Hospital dalam 5 minit dari situ. Tak apa lepak tepi jalan dulu. Bagi tenang. Lepas tu terus pi hospital. Lepak kat parking. Jantung still mcm baru pas racing. Hmmm tak boleh jadi. Masuklah jugak. Duduk dekat lobi. Apa apa jadi aku kat hospital. Nampak nampak mentaliti dia. ehehehhehe. Sejak tu 6 bulan tak bawak kereta.....

Wednesday 3 August 2016

Segalanya bermula..

Assalamualaikum.

Januari 2012, saat balik dari bercuti di kampung suami. Tiba- tiba berpeluh dalam kereta. Dalam penghawa dingin kereta kot.Malam pulak tu. Dah apa kena aku nih. Tangan pun berpeluh. Hishhhh. Tak lama lepas tu ok pulak. Lepas tu lama juga tak ada kena macam tu sampai lupa dah. Beberapa minggu lepas tu, kena pulak balik. Aaaah sudah. Pun hilang jugak lepas tuh. Lupa jugak lepas tu.
Dalam bulan 3,2012, selepas menekmati set bubur dan kopi KFC, suddenly heartbeat lain mcm laju pulak. Mcam baru lepas lari 100 meter. Nasib baik la klinik kat sebelah jeh. Doktor tu cek semua, siap buat xray, buat ecg, scan dan macam macam lagi. Tak dapat cari pun puncanya. Terbang RM200.  Nyudahnya selamba jeh doktor tu tanya, you kerja itu saham kan? Share banyak jatuh ke? Sampai you punya jantung jadi ini macam?
Hadoila doktor. Tak ada kena mengena sama saya la itu share jatuh ke turun.  Dia bagi ubat jeh. Slow kan jantung katanya. Malas nak tanya ubat apa. Petang dia suruh datang balik. Memang ok la lepas tu. Yang paling rasa nak telan jeh doktor tu dia suruh turunkan berat. Chissssss.
Ada satu malam lepas tu pulak  mulut and tekak rasa lain macam. bila pi ludah, kluar buih. Yaa buih macam bebudak main ngan sabun tu. Tak pelik ke. Harktuih harktuih lebih kurang lepas tu terus macam ada benda dah sangkut. Keje nak  meludah jeh. Hadoii. Esok dah la nak pergi CPE kat  SC. Jenuh la macam nih.
Esok pun tak elok lagi. Lain macam rasa badan pi CPE. Bertabah jeh la. Tapi sampai aje Seremban tak tahan dah terus pi hospital. Doktor cek lebih kurang kata gastrik. Blur la. Ape ke menda nih. Tak pedih perut kok di kata gastrik. Ok kan jeh la. Hmmmmmmm.