Friday 16 September 2022

Almond milk

Soalan standard lagi. Ramai yg bertanya tentang ini.

Susu badam tu letak susu apa?

Tak ada susu sayang sayang semua hanya badam kurma n secubit garam di blend bersama segelas air.

Abis napa panggil susu?

Erkķkkkkķkk Akak smule dulu lah. Nanti nanti la akak jawab ya?

Mungkin salah siapa?

 Assalam...


Biasa x kita jawab persoalan kita dah sihat ke belum? Apa biasanya yg kita jawab kalau kita x dpt nikmat sihat tu lagi? Allah belum izin atau belum ada rezeki, kan?


Jawapannya memang mudah. Kita letak semuanya selonggok kat situ. Pernah x kita pikir kenapa rezeki nak baik tu x sampai sampai lagi kat kita. 


Sebenarnya perkara ni bukan takat rezeki sihat tapi lain lain rezeki jugak. Akak percaya Allah x izinkan kita dpt apa kita nak sbb kita belum penuhi kriteria yg Dia mintak. Mungkin ada yg  dpt apa dia nak sbb Allah nak bagi kat dia. Tapi may be ada yang Allah nak kita usaha n cari lagi. 


Akak pernah bagitau kita nak sembuh ni ada byk benda yg kita perlu buat: jaga makan jaga emosi kita jaga hubungan dgn Allah n semua org n byk lagi. So kena tengok dr pelbagai sudut. Maybe cara yang kita guna nak sembuh tu pun cara x betul? 


Maybe kita dah jaga makan tapi ada bahagian lain yg kita x jaga. May be kita dah jaga makan tapi lepas bebrapa ketika kita rasa mcm sia sia. N kita pun x mau nengok balik kat mana kesilapan kita bila berpantang. 


Kita cepat melenting. Kita rasa org keliling kita semua x guna. X mau membantu kita. Bila org bagi nasihat pun kita rasa org tu cuma bertujuan nak perli perli kita. Kita x mau nengok apa disebalik semuanya tu. Pendek kata kita la mangsa dalm semua hal.


Pernah x kita terpikir maybe attitude kita sendiri yg melambatkan proses kita nak sembuh? Kenapa Allah lambatkan? 

Cari salah atau kekurangan kita dulu sbelum kita menunding jari pada takdir.


Pikir pikirkan lah...

Sembelit atau tidak

 Masih sembelit?


Best parameter nak ukur sembelit atau tidak bukan kekerapannya tapi kesusahan nak mengeluarkannya. 


Satu teknik yg boleh kita guna pakai masa dlm proses membuang: tundukkan badan ke depan sedekat yg boleh dengan peha kemudian tegakkan badan. Repeat pergerakan ni beberapa kali sampai ada ghesa. Meletakkan kaki atas bangku rendah pun membantu.


X ada sapa nengok pun so x yah nak rasa pelik sangat..🤣🤣🤣🤣 selamat berjaya.

Stool

Ramai yg percaya 'stool' kita adalah sepenuhnya dr apa yg kita makan. Betul ke?

Sebenarnya ia mengandungi 3/4 air.  Semasa melalui sistem penghadaman 9.8 litre akan di serap semula. Kandungan air yg optimum dlm bahan buangan kita tu akan memastikan ianya cun cun aje so dpt la kita buang dgh senang.

Sebahagiannya pulak terdiri dr bakteria yg asalnya dr gut flora yg dah ditamatkan perkhidmatannya n bersara so kena la dikeluarkan.

Selain dr itu ia mengandungi fiber sayuran. Lagi byk sayur n buah yg kita makan lagi byk uk uk yg kita buang. Dr 100 ke 200 g boleh mencecah 500g. 

Yg lain pula bercampur campur spt lebihan ubat n kolesterol.


Heartburn

 PEDIH ULU ATI aka HEARTBURN


Apa tu? Ianya adalah ketidakselesaan atau kesakitan pada bahagian dada disebabkan asid yg naik dari perut.


 Kita boleh rasa macam rasa terbakar, panas, atau sakit pada bahagian tengah dada.


Walaupun pedih ulu ati tu adalah simptom reflux rasa terbakar tu boleh menyamai rasa x selesa di sbbkan masalah jantung atau serangan pada jantung, ianya bukan la berkenaan jantung.


Ianya berpunca dari salur esofagus yg melalui bahagian berdekatan area jantung, maka sbb tu kesakitan tu selalu disalah erti sebgai masalah jantung.


So terpaksalah kena buat test untuk pastikan yang tu adalah kesakitan dr pedih ulu ati bukan dr jantung.

Memilih teman

 Sebagai pesakit gastrik, gerd atau anxiety sekali pun atau ketiga tiganya adalah penting untuk kita memilih siapa yg perlu ada atau x ada dlm circle kita. Maybe kita x nampak kepentingannya.


Tetapi percayalah ia mmg mempengaruhi cepat atau lambat proses penyembuhan kita.


Pilihlah circle kita dengan bijak x kiralah dimana walaupun secara fizikal atau atas talian,  siapa yg kita follow, siapa kwan kawan kita dan sebagainya.


 Fokus kepada apa yg membantu kita untuk sembuh bukan sebaliknya. Sama juga bila kita memilih untuk.fokus apa yg kita boleh makan bukannya pada makanan yg kita x boleh makan....


Moga beroleh kesembuhan....

Pooping

 Terasa nak pergi ke toilet, bersegeralah pergi, jangan berlengah, buruk padahnya dikemudian hari..

Mengunyah

 Peringatan ..... Sila kunyah makanan dengan sempurna sebelum menelan sebab perut tak ada gigi. Dia banyak keje lain....

Punca masalah

 Ramai antara kita tak sedar bahawa masalah ibs, sembelit yang kronik, masalah penghadaman dan pedih ulu hati juga adalah disebabkan keadaan mental kita yg terganggu.


Itu sbbnya bila berjumpa doktor, x ada tanda tanda ketara yg dpt di lihat walaupun melalui skop atau colonskopi dan even doktor pun mungkin terlepas pandang hubung kait antara perut dan otak.

Pengalaman

 https://m.facebook.com/groups/GastrikAsidrefluk/permalink/1639285189458278/

Cirit

 Kita citer pasal mencirit pulak..


 Apa sbb? 


Antaranya infection.  Penghadaman yg terganggu senang menyebabkan cirit sbb asid perut x kuat untuk melawan jangkitan kuman. Jadi pilih lah makanan yg segar bugar.


Malabsorption makanan karbo dan lemak juga boleh menyebabkan cirit. 


Ubat ubatan serta beberapa sakit berkaitan usus spt ibd pun boleh menyebabkan cirit


 Cirit  juga ada yg kronik ( terutama yg di sebabkan penyakit berkaitan usus) dan ada  yg akut yg berakhir dgn sendiri dlm masa beberapa hari.


Apa yg kita boleh lakukan. Kalau teruk sgt tu pergilah berjumpa doktor. Kalau x teruk tu x yah buat apa pun sbb nanti dia hilang sendiri sbb imune akan pastikan semua infection tu dihilangkan dlm bebrapa hari.


Bila cirit, bukan air dlm badan aje yg hilang ya..elektrolit mcm garam n potassium pun akan hilang.  


Selain dr minum byk air Kita boleh buat sendiri elctrolite replacement dgn 500ml air, garam 1 sudu teh dan 2 ke 4 sudu teh madu.


 elok juga mencirit sesekali sesekala.kasi cuci usus dr segala kuman kuman tu. Tapi kalau dah selalu sgt pi lah jumpa doktor. 

Masalah penghadaman

 Apa masalah penghadaman yg kita sebut sebut dalam group ni? Basicly kita maksudkan pada ketidakupayaan sistem penghadaman kita untuk menghadam makanan yg kita makan seterusnya membekalkan segala zat dan nutrisi ke seluruh sistem badan kerana KEKURANGAN asid perut.


Kalau korang rasa asid banyak pun bukan sbb terlebih pengeluaran, tapi disebabkan asid yg lama bersama makanan tidak keluar dr perut untuk masuk ke usus.


Kenapa sistem penghadaman ni sangat penting untuk dibaiki? 

Byk sbb dia. Boleh dikatakan seluruh badan kita boleh berfungsi dengan baik kalau sistem penghadaman kita berada dlm keadaan yg baik sbb kesannya  bukan sedikit.


Apa tanda tanda yg kita boleh rasa?


Kita sentiasa lapar. 


Baru lepas sejam makan pun kita boleh lapar. Sbb apa?

Penghadaman yg lambat akan menyebabkan makanan tersimpan lama dlm perut dan menyebabkan perut jadi sebu. Lama kelamaan perut akan mimic rasa lapar walaupun kita baru lepas makan.


Selalu sembelit


Bila kita ada masalah penghadaman usus kita akan jadi malas. Sbb tu kita usulkan mengurut bahagian usus besar setiap pagi untuk menggalakkan peristalsis selain dr minum byk air dah makan lebih sayuran.


Badan kita selalu letih dan penat


Kenapa? Nutrisi yg sepatutnya sampai ke sel x sampai sampai. Sbb usus kita jadi x cekap nak menyerap semua zat dan nutrisi tu. Selagi proses penghadaman x selesai usus x dpt buat kerja.


Ada banyak lagi efek lain cuma kita x rasa atau sampai masanya nanti baru kita akan rasa. 


Oleh itu mulakan la berpantang makan dr sekarang. 

Ubah sikap x suka mengambil tahu. Banyakkan membaca.

Ramai yg dah buktikan.

Penghadaman yg baik adalah perkara basic untuk kembali sihat dr gerd.....

Thursday 15 September 2022

Group kami

 https://www.facebook.com/groups/GastrikAsidrefluk/?ref=share_group_link

Cerita gerd dan anxiety

 Panduan  untuk  yg nak makan bubur.


Sarapan:  bubur ikan/ayam/sawi/kailan/karot

Mkan pagi: epal /kurma /badam

Tengahari :  bubur ikan/ayam /sawi/kailan/karot

Minum petang: epal/ kurma/badam

Makan malam: bubur ikan/ayam/sawi/kailan/karot


Minuman:  air suam/lemon suam/ lemon madu suam


Masa masak bubur jgn kerap di kacau n plan untuk makan pagi ke tengahari  aje. Malam masak lain. 


Amalkan untuk seminggu  dua atau sehingga perut rasa ok sikit..lepas tu.boleh teruskan.dgn diet di bawah. Selamat berjuang guys.


Cadangan pemakanan  untuk pesakit gerd/gastrik (amended)


8am -  nasi dan lauk gerd friendly/telur rebus 2 biji

10 am- epal ijau/merah 1 biji or pear 1 biji

12.30 pm- nasi + ayam stir fried/sup or ikan + sayur (kailan or sawi) dan air suam

3 pm- epal merah/ijau or pear 1 biji 

kadang kadang kunyah badam

7-8pm- nasi + ayam stir fried/ steam/ sup/ bakar atas kuali/ atau ikan stim, rebus + sayur (kailan goreng/sawi sup) + air suam


steam ayam/ikan- ayam (dada), bawang putih, bawang merah,carrot, lemon


ayam bakar atas kuali leper - sedikit minyak zaitun


stir fried- ayam di potong kecil kecil, tumis bawang putih, bawang besar, campur karot


sup-ayam di potong kecil, bawang merah, bawang putih, carrot.


menu ni straight untuk 3 bulan sebelum bebetul baik

mungkin ada inginkan menu yang berlainan

suplement- multivitamin  (3 bulan) , probiotik  (sebulan), habatus sauda brand baraqa dr mesir (1 bulan), madu manuka - 1 bulan (makan sekali dengan habatussauda) dan vitamin c (sandoz) pharmasi suggest sbb saya mengadu sentiasa berasa panas badan mungkin dr pengambilan ubat doktor sbelum itu.


and paling penting i dealt with the root of my anxiety (bukan dengan ubat) once and for all - penyebab jantung laju, memikirkan soal mati dan resah gelisah yg tidak diketahui dr mana puncanya.


and no complaints what so ever ya through the process.


kita memang susah nak tolak totally angin yang ada dalam food intake tapi sekurang kurangnya cuba minimize kan. selain dari tu pi urut. ni aje cara yang cepat untuk buang angin.


tukar amalan seharian- tidur awal (11 pm),


tinggikan bantal semasa tidur ( untuk elak asid reflux) saya tidur almost mcm duduk tp dengan bantal yg banyak.


jgn tidur sekurang kurangnya 2 jam selepas mengambil makanan berat.


bagi yg islam tuh, rajin rajinla bangun bertahajud, berzikir, membaca Al Quran serta doa.


dan saya totally cured. no more anxiety or masalah perut. Alhamdulillah.


Saya tak nampak di mana kurang nya zat yg anda makan di sini. bezanya cuma tidak mengambil makanan minuman bergula tambahan, yg kaya lemak spt deep fried atau bersantan n sejuk dan penyumbang angin dalam badan. setakat hendak merasa makanan pedas cubalah bersabar dulu. bila dah sembuh makan la apa yg ada suka tp dengan kadar yg minimum. jgn seksa perut anda lagi. pantang makan bukan bermaksud anda tak makan lansung.anda masih mengambil kabohidrat, protein, serat, lemak dan sebagainya. sila betulkan persepsi itu.


perubahan dapat saya rasa selepas 2 minggu saya amalkan cara pemakanan ni. sila jangan tanya jenis jenis makanan lain seperti buah buahan lain, biskut, kuih , kek, ais krim, susu, kordial, jeruk dan sebagainya sbb saya mmg lansung tak sentuh. saya hanya makan makanan yg saya nyatakan di atas sepanjang 3 bulan tu.


punca masalah saya? ketakutan melampau yg mengakibatkan anxiety seterusnya menganggu kesihatan fizikal saya.

saya dah melalui kebanyakan simptom yg ada semua rasai disini dan saya faham bagaimana seksanya.


untuk sembuh, anda memerlukan kombinasi pelbagai perkara. bukan dr segi pemakanan sahaja. tepuk dada tanya perut anda. sekian.


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$


****Cara pengambilan madu:


2 kali sehari

1 sudu teh

pagi dan petang

perut kosong

tanpa air

kemam dan telan. pastikan bercampur air liur sebelum telan.


Apple cider vinegar/cuka epal:


1 atau 2 sudu kalau x berani ambik beberapa titik dulu

segelas air suam

minum sekali  sebelum sarapan

dan bila bila perlu semasa dada x selesa atau angin sangkut.


Vitamin C/ multivitamin


Anytime suko selepas makan.( Sehari sekali untuk 1000mg)kalau ada kalsium jgn ambik lepas makan. Ambik masa nak tido. Nyaman....


Lemon


sebelum makan. nak campur acv sekali pun ok. Potong bberpa hiris n rendam dlm air panas. Dah suam baru minum.


P/s perlu di iringi pantang yg ketat ya. Kalau belasah makan tak yah la membazir membeli suplement ni semua.


****************************************************************************************


****************************************************************************************

Sayuran dan angin


Kenapa sesetengah sayuran tidak boleh   atau terpaksa dikurangkan pengambilannya untuk pesakit  gerd walaupun kita tau ia tinggi alkali dah amat berkhasiat? Kita ambil contoh  brokoli..brokoli   merupakan jenis sayuran yg tinggi alkali. Masalahnya makanan alkali tidak berupaya untuk mempengaruhi pembukaan atau penutupan les. 


Brokoli merupakan  salah satu jenis   sayuran yg kaya sulfur (sulfur-rich vege). Sayuran jenis ini  bila di makan akan menyebab  kan penghasilan gas dldm.perut. dan seperti   kita semua tahu antara masalah terbesar pengidap gerd adalah masalah angin. Tepuk dada tanya perut.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Cara menghadapi  rasa tidak puas  bernafas


Sewaktu merasakan anda tidak puas bernafas,  cuba amalkan visualisasi , pergi ke tempat yang sunyi yang tiada gangguan kemudian bayangkan  anda di tempat yang tenang, damai dan menyenangkan. Seperti tempat percutian di pergunungan atau di tepi pantai . 


Tumpukan perhatian anda pada tempat tersebut , bayangkan bunyi , bau , tekstur , dan perasaan yang berkaitan dengannya. Bernafas dengan teratur.


Visualisasi boleh mengurangkan keresahan semasa  tekanan. Ia juga boleh menurunkan kadar degupan jantung dan tekanan darah .


************************************************************************

Dyspnea


♨Tak puas bernafas atau dyspnea berlaku akibat gerd kerana asid refluks telah menyebabkan salur esofagus  menjadi sempit. Menurut american speech languange hearing association apabila asid ini sampai   ke lipatan vokal, saluran pernafasan  dan paru paru  ia akan menyebabkan laluannya bengkak dan membawa kepada tindak balas seperti asma. Kerosakan ini boleh menyebabkan batuk atau nafas berbunyi dan menyebabkan pesakit sukar untuk menelan makanan pepejal. Gerd akan di kaitkan dengan asma apabila:


-asma bermula sewaktu pesakit telah dewasa

-symtom asma semakin buruk selepas makan bersenam baring atau di malam hari

-gagal untuk bertindak balas  pada sebarang rawatan


***************************************************************************


♨Lain lain punca lebihan gas: 


menelan udara:-

Ketika takut

Makan terlalu cepat

Mengunyah gula getah

Menghisap gula gula

Minum menggunakan straw


♨Bakteria jahat dldm usus kecil  


♨Perut tidak dpt bertolenrasi  dengan makanan contohnya   makanan dr tenusu. Badan tidak berupaya memecahkan gula dldm makanan tenusu.


♨Perasa tiruan


♨Sembelit


****************************************************************************


Kesan kesan refluk asid  


Kesakitan akibat  Asid refluks boleh bermula dari bahagian perut yg sangat rendah  sehingga ke dada . Kesakitannya akan dirasakan merebak sehingga anda tidak tahu dari mana titik puncanya. Selain dari perut dan dada , sisi perut anda berasa seperti kekejangan . sakit di bahagian atas  belakang dan leher pula digambarkan   seperti anda sedang ditikam di dada dan tembus ke belakang badan dan belikat. 


ada kalanya sesakitan ini tidak dijangkakan berkaitan dengan asid refluks kerana ia hanya akan terjadi dalam jangka masa yg agak lama setelah anda menghadapi masalah asid refluks.


*********************************************************************

Sistem imun dan stress


Keupayaan sistem imun anda boleh menurun melalui stress (termasuk tekanan psikologi ) , dan membuatkan seseorang mudah terdedah kepada penyakit . Adalah penting untuk kekal tenang dalam semua keadaan, dan mencari jalan untuk menguruskan isu-isu yang menyebabkan anda tertekan. 


Jika anda mendapati diri anda dalam keadaan tertekan , mungkin anda perlu duduk, berehat dan membuat keputusan " Adakah ini benar-benar penting ? " ,"Adakah ia berbaloi jika ia memusnahkan sistem imun saya  ? " Jika jawapannya adalah " tidak", anda perlu mengeluarkan diri anda daripada situasi itu.


Hasilnya : sistem imun anda akan menjadi lebih kuat untuk menyokong badan anda semasa tekanan atau stress yang perlu anda hadapi datang kemudian nanti.


***************************************************************************

Refluks senyap (silent reflux)


Selain berpotensi merosakkan esofagus di bahagian yang lebih rendah, (berdekatan dengan perut) pedih ulu hati yang kerap  juga boleh merosakkan tekak atas . Ini boleh berlaku jika asid perut yang naik  sehingga ke belakang tekak atau saluran udara hidung . Keadaan ini sering dirujuk sebagai refluks laryngopharyngeal ( LPR ) .

LPR juga kadang-kadang dipanggil " reflux senyap , " kerana ia adalah gejala yang tidak mudah di kesan. Adalah penting untuk individu yang mempunyai GERD  diperiksa bagi mengesan LPR. Gejala LPR termasuk yang berikut :

serak

perasaan ada ketulan dalam tekak

batuk kronik atau batuk yang membangunkan anda dari tidur

tercekik 

masalah pernafasan

terasa sesuatu rasa yang pelik dalam tekak

hingus meleleh

masalah suara ( terutamanya penyanyi profesional)


*************************************************************************

Panick  attack


Serangan panik atau ‘panic attack’ melibatkan perasaan ketakutan yang tiba-tiba menyerang tanpa amaran . Episod ini boleh berlaku pada bila-bila masa , walaupun ketika tidur . 


Orang yang mengalami serangan panik  percaya bahawa mereka mengalami serangan jantung atau mereka akan mati atau menjadi gila . Ketakutan ketika serangan panik yang di alami oleh seseorang bukanlah keadaan sebenar dan mugkin tidak berkaitan dengan apa yang ada di sekeliling mereka.

Kebanyakan orang dengan serangan panik mengalami beberapa gejala berikut :

Degupan jantung yang laju

Rasa lemah , pengsan , atau pening

Kesemutan atau kebas pada tangan dan jari

Rasa takut, atau bereasa seperti kematian menghampiri

Rasa seram sejuk berpeluh 

sakit dada

kesukaran bernafas

Rasa kehilangan kawalan


Apa yang boleh anda lakukan ketika panik. Jangan berjalan ke sana ke sini. Ini akan memburukkan keadaan anda. Cari tempat untuk duduk dan cuba bernafas dengan teratur. 

Tarik nafas ikut hidung dan lepas kan ikut mulut dengan perlahan- lahan.  Jangan bernafas ikut kelajuan degup jantung anda. Fokus kepada perkara yang mengembirakan anda dan ingatlah bahawa apa yang anda sedang alami cuma satu episod serangan panik yang akan berakhir jika anda mampu mengawalnya.

Bagi yang beragama Islam bila telah agak tenang bolehlah berzikir atau membaca ayat ayat Al-Quran.


**************************************************************************

Kekurangan  asid  perut dan akibatnya


Hypochlorhydria adalah istilah yang digunakan untuk kandungan asid perut yg rendah , berkemungkinan besar disebabkan oleh tekanan (stress) , pemakanan yang tidak seimbang , jangkitan bakteria , salah pengunaan ppi , dan kekurangan nutrien . 


Asid perut yang tidak mencukupi membawa kepada pencernaan protein yg tidak mencukupi serta membawa kepada pelbagai masalah , termasuk ketidakupayaan untuk mewujudkan enzim dan hormon penting , dan ketidakupayaan  badan untuk membaiki dan membina .


Kita memerlukan persekitaran yang berasid dalam perut kita untuk mengion mineral - di mana ia adalah faktor  penting untuk tindak balas kimia berlaku dalam tubuh kita pada setiap masa.


Kesan lain adalah penghadaman makanan yg lambat serta menyebabkan karbohidrat tidak di cernakan dengan betul. karbohidrat adalah makanan bakteria. ini akan meyebabkan pengeluaran gas sekali gus akan menolak makanan dan asid ke dalam salur makanan semula.


***************************************************************************

Penyebab gerd


Obesiti boleh dikaitkan dengan GERD. Faktor-faktor risiko yang lain untuk GERD termasuk


 kehamilan, 

merokok dan 

Hernia hiatal (unjuran perut ke dalam rongga dada yang disebabkan oleh kecacatan dalam diafragma , yang biasanya memisahkan dada dari abdomen ). 


Menurut beberapa kajian dan kaji selidik, anxiety dan kemurungan juga boleh menjadi satu lagi pencetus untuk pedih ulu hati .


Gejala GERD berbeza-beza dari seorang ke seorang

Tanda-tanda dan gejala GERD termasuklah:


Rasa terbakar di dada ( pedih ulu hati ) ,mencucuk di dada (semasa menarik nafas) kadang-kadang merebak ke tekak , bersama-sama dengan rasa masam dalam mulut 


Jika anda mengalami pedih ulu hati yang kerap atau lama ( dua kali seminggu secara tetap ) , berjumpalah dengan doktor anda .


Kesukaran menelan (dysphagia)


Batuk kering yang kronik , terutama pada waktu malam. GERD adalah penyebab biasa batuk yang tidak dapat dijelaskan . Ia tidak jelas bagaimana batuk disebabkan atau diburukkan oleh GERD .


Serak atau sakit tekak

loya

Memuntahkan makanan atau cecair masam ( refluks asid )

Sensasi ketulan di tekak anda

Asma - Asid direflukskan boleh memburukkan asma dengan mengganggu saluran pernafasan dan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat asma boleh membuat GERD lebih teruk .

Peningkatan air liur secara tiba-tiba

Nafas berbau


******************************************************************

Mengapa terjadinya asid refluks

Perut mempunyai dua injap , sfinkter yang lebih rendah esophageal ( LES) ( di bahagian atas perut ) dan sfinkter pyloric ( di bahagian bawah perut ) . Sfinkter pyloric adalah injap sehala , manakala LES direka untuk membuka kedua-dua hala .Apabila tekanan (penghasilan gas ) yang berlebihan terkumpul di perut , di sebabkan ketidakhadaman makanan akibat kurangnya pengeluaran asid serta pH asid yang tidak optimum (antara ph 1.5 ke 3) bagi membolehkan pembukaan sfinkter pyloric , hanya satu pilihan sahaja yang ada iaitu : Buka LES .

Pembukaan LES membolehkan pelepasan tekanan (asid perut dan makanan separuh hadam ) ke dalam esofagus dan itulah yang biasanya membawa kepada gejala pedih ulu hati dan refluks asid .

Walaupun perut anda tidak menghasilkan asid yang cukup , apa-apa jumlah asid pergi ke dalam esofagus akan mengakibatkan gejala tidak selesa kerana esofagus tidak direka bentuk untuk mengendalikan asid perut . Pembukaan kerap LES ke arah esofagus akan menyumbang kepada injap lemah yang menggabungkan masalah itu .


*************************************************************************

Simptom anxiety  

Apabila anxiety semakin hebat ke tahap menjadi serangan panik , tanda-tanda dan gejala-gejala boleh termasuk gejala fizikal dan emosi seperti

berdebar-debar 

sakit dada , sesak dada atau ketidakselesaan lain 

rasa seperti mendapat serangan jantung 

sesak nafas atau masalah pernafasan 

berpeluh di tapak tangan 

loya 

menggeletar 

berasa pening 

derealization ( perasaan yang tidak benar ) 

depersonalization ( berasa terpisah daripada diri sendiri ) 

kebas atau kesemutan sensasi 

seram sejuk 

berasa seperti tercekik 

perasaan seperti akan mati dalam masa yang terdekat.


*******************************************************************************


Terdapat banyak keadaan perubatan yang berbeza yang boleh mengubah warna air liur seseorang, tetapi sebab-sebab yang paling biasa bagi menjadikan air liur berwarna putih adalah mulut kering , ubat-ubatan, jangkitan pada bibir , pipi , dan gusi , masalah penghadaman dan keadaan autoimun . Kebanyakan kes tidak serius dan sering didapati bahawa air liur akan kembali normal dengan sendiri.


Refluks asid yang kronik dan penyakit berpunca gastroesophageal kadang-kadang juga boleh menyebabkan perubahan air liur . Air liur pekat dan ludah putih adalah symptom biasa apabila perut seseorang cuba untuk mencerna makanan yang di ketahui akan menganggu saluran pencernaan.

Esofagus tidak direka untuk terdedah kepada kandungan asid dari perut. Badan kita akan menafsirkan keadaan ini sebagai bahaya dan bahagian-bahagian sistem saraf autonomi menganggap asid ini telah berada di tempat yang tidak sepatutnya . Isyarat amaran akan dihasilkan . Ia memberitahu badan untuk bertindak balas untuk melindungi esofagus . Tisu badan bertindak balas melalui pelbagai mekanisme termasuklah membuat mukus .


Ini adalah gejala yang biasa bagi sesetengah pesakit GERD. Ia begitu melekit sehingga mereka berasa seolah-olah mereka terpaksa menarik keluar mukus itu keluar dari belakang tekak dengan menggunakan tangan .Sensasi ini adalah disebabkan oleh bengkaknya tisu tekak kerana ketebalan dan kepadatan lendir yang dihasilkan itu.


****************************************************************************

Pada pengidap gerd ada lenguh sini sana ada senak sini sana pedih sikit sini sana pening mata kabur tinga berdesing abaikan aje. Kena elok dr gerd baru symtom tu semua hilang.


Cuba ni kalau ada:

Mcm ada benda sangkut kat tekak, panas perut/dlm badan/ sakit tekak  - vitamin c soluble

Kembung - lemon suam, acv, minyak yuyi, hot water bag

Kebas kaki tangan - urut kat tangan n kaki bagi darah lancar

Pening- urut kepala kuat sikit, berjalan kaki ayam atas rumput tapi kalau cacing masuk x jamin. Hhehehe

Sembelit - makan sayur over dose, bangun tido minum air kosong sebelum gosok gigi

Pedih perut - telan madu manuka sesudu kecit. Jgn campur air. Ikut cara akak ajar tu

Pitam - jangan makan lambat. Kalau nak ubah posisi dr duduk ke berdiri buat dgn perlahan. 

Sengkak kat ulu hati atau sesak napas - ulu hati urut kuat sikit tolak ke atas byk kali n urut belikat juga.

Dada pedih terbakar - minum acv/ lemon


http://gerdanxietynme.blogspot.my/2016/10/saya-baru-menghidap-penyakit-gastrik.html?m=1


Antara kesilapan dlm berpantang:


-Lebihan nasi bubur dan lauk di panaskan keesokkan pagi


-Memasukkan rempah spt sup.bunjut ke.dlm sup


- memasukkan cendawan , kentang, ke dlm masakan


- Memasukkan perasa mcm ajinomoto n lain lain serbuk perasa.


- buah  di simpan dlm peti ais. 


- bubur yg kerap di kacau semasa memasak


- meletak fish ball fish cake n seangkatan dlm masakan 


- memasukkan cili potong ke.dlm masakan sayur


- meletak ikan bilis dlm masakan 


- makan terlalu banyak


- mkn bersulam air


- malas mengunyah makanan


- meletak suun , fucuk.dlm masakan


- meletakkan serbuk lada putih dan lada hitam


- baring/tidur selepas makan


- meletak gula dlm air lemon


- minum sambi berdiri


- tidur selepas makan walaupun sambil duduk


- mandi selepas maghrib


- melakukam kerja berat senaman berat


- lambat makan


- skip waktu makan


- membaca berita yg menganggu emosi


- tidur terlalu lewat (selepas 11 mlm)

Sakit belikat

 Salam maghrib. 

Surely ramai yg komplen pasal sakit belikat atau sakit lower back kan.  Kenapa agaknya ya?


Sebenarnya ada organ dan otot kita berkongsi saraf atau nerve yg sama. So bila ada gangguan pada perut usus besar usus kecik hempedu otot yg berkongsi nerve dengan organ organ tersebut akan rasa sakit jugak. 


So faham dah kan?

Sembeli...

 Kita masih bercerita.pasal topik yang korang suka which is pooping.🤣🤣.

Napa sembelit? Napa senang sangat korang nak dpt  sembelit?


Masalah utamannya tentulah low stomach asid tu.  Bila kurang maka byk fungsi organ lain terbantut sbb x dpt signal untuk bertindak dan memungkinkan proses kejadian berjalan lancar.


Bile dr hempedu x turun ke usus. Enzim enzim penghadaman x pergi ke usus. Peristalsis x berlaku..usus jadi  malas. 

Over stressed akan memungkinkan low stomach acid. So cuba kawal stress..berhenti memikirkan perkara yg x berbaloi untuk dipikir. Susah. 


Tapi dgn latihan yg berterusan insyaallah boleh.


Pengubat dada dan.kepala ketat

 Ketat dada? Ketat kepala?


Rendam kaki dengan AIR PANAS 20 min.


Lepas tu jirus dengan air sejuk letak ais.


Kalau x elok juga sila hantuk kepala ke dinding.🤭🤭🤭🤭🤭 bukan ketat aje yg hilang. Kepala pun boleh hilang.