Friday 16 September 2022

Masalah penghadaman

 Apa masalah penghadaman yg kita sebut sebut dalam group ni? Basicly kita maksudkan pada ketidakupayaan sistem penghadaman kita untuk menghadam makanan yg kita makan seterusnya membekalkan segala zat dan nutrisi ke seluruh sistem badan kerana KEKURANGAN asid perut.


Kalau korang rasa asid banyak pun bukan sbb terlebih pengeluaran, tapi disebabkan asid yg lama bersama makanan tidak keluar dr perut untuk masuk ke usus.


Kenapa sistem penghadaman ni sangat penting untuk dibaiki? 

Byk sbb dia. Boleh dikatakan seluruh badan kita boleh berfungsi dengan baik kalau sistem penghadaman kita berada dlm keadaan yg baik sbb kesannya  bukan sedikit.


Apa tanda tanda yg kita boleh rasa?


Kita sentiasa lapar. 


Baru lepas sejam makan pun kita boleh lapar. Sbb apa?

Penghadaman yg lambat akan menyebabkan makanan tersimpan lama dlm perut dan menyebabkan perut jadi sebu. Lama kelamaan perut akan mimic rasa lapar walaupun kita baru lepas makan.


Selalu sembelit


Bila kita ada masalah penghadaman usus kita akan jadi malas. Sbb tu kita usulkan mengurut bahagian usus besar setiap pagi untuk menggalakkan peristalsis selain dr minum byk air dah makan lebih sayuran.


Badan kita selalu letih dan penat


Kenapa? Nutrisi yg sepatutnya sampai ke sel x sampai sampai. Sbb usus kita jadi x cekap nak menyerap semua zat dan nutrisi tu. Selagi proses penghadaman x selesai usus x dpt buat kerja.


Ada banyak lagi efek lain cuma kita x rasa atau sampai masanya nanti baru kita akan rasa. 


Oleh itu mulakan la berpantang makan dr sekarang. 

Ubah sikap x suka mengambil tahu. Banyakkan membaca.

Ramai yg dah buktikan.

Penghadaman yg baik adalah perkara basic untuk kembali sihat dr gerd.....

No comments:

Post a Comment