Monday 7 August 2017

Anxiety dan pantang makan. Apa kaitannya?

Ramai yang pelik dan tak setuju, kalau ada anxiety kena jugak berpantang. Kenapa agaknya? Bukan ke anxiety tu cuma sangkut paut ngan mental aje. Betul la tuh. Masalahnya kalau  anxiety tu dah sebabkan GERD atau gastrik, cukup ke setakat pikir positive? Tu belum lagi sakit kronik yang lain.

Overstressed ni menambahkan angin dalam badan sebenarnya. Perut dah jadi macam tak ade protection dari apa apa penyakit sbb pertahanan badan sibuk nak melawan anxiety. Pergi pulak makan segala makanan yang boleh menyebabkan perut merana. Yang tersiksanya sapa nanti? dah la jenuh nak lawan anxiety, kena pulak lawan asid refluks la kembung la sembelit la cirit birit la. Larat ke? Bila di tanya dah baik ke?  Oooo dah, sesekali datang aje tapi boleh kawal.... Seriously? Dah baik ke tuh kalau still on off sakit datang lagi?

So jangan peduli orang kata apa. Kita yang rasa. Nak jaga perut sendiri ke nak jaga hati orang. Tahan ke tiap kali asik nak kawal kawal. Kan bagus kalau sakit tak datang terus. Pada yang berisi sikit tu boleh la menurunkan berat badan. Kan bonus tu?

Sunday 9 April 2017

Hempedu, batu hempedu dan bile

Lama tak bersiaran. Kita cerita pasal hempedu pulak sebab nampaknya ramai pengidap gerd yang ada masalah juga dengan batu hempedu. Mana letaknya hempedu? Letaknya bawah sikit dari hati. Kerjanya pulak menyimpan bile yang dihasilkan oleh hati.

Bile tu pulak adalah sejenis cecair yang terdiri dari kolesterol, garam bile serta bilirubin dan kerjanya adalah untuk memecahkan lemak dan menarik keluar segala nutrisi, lemak baik dan vitamin seperti Vitamin A, D, E serta K dari sumber lemak yang kita makan. Kira macam cecair cuci pinggang la. Kalau kita basuh pinggan dan nak clearkan minyak dari pinggan tu.

Bile ni sifat alkalinya amat tinggi. Asid dari perut bila masuk ke usus kecil akan di neutral kan oleh bile. Bayangkan la kalau bile tak ada, rosaklah usus kecil kita di sebabkan asid perut yang tinggi tu.

Apakah penyebab batu hempedu?  Batu hempedu tu asalnya dari bile yang mengeras. Ada dua jenis batu hempedu, yang berwarna kuning dan hitam. Ianya boleh terjadi disebabkan kekurangan nutrisi dan juga toxin, juga di sebabkan ketidakseimbangan unsur unsur dalam bile, contohnya terlebih kolesterol, terlebih bilirubin atau tak cukup garam bile. Hempedu akan mula merasa sakit bila tekanan didalamnya bertambah. Ia juga boleh menyebabkan kesakitan dia bawah kanan tengkuk dan bahu serta sakit kepala di bahagian kanan juga. Antara simptom lain adalah mual, muntah, najis yang berminyak, kulit gatal, hypotiroid, fibromyalgia, rambut dan kulit kering dan banyak lagi.

Bile ni adalah laluan untuk toxin keluar ke usus. Bila  bile mengeras, toxin akan kembali semula ke hati dah saluran darah.

Bila batu hempedu menghalang laluan, bile tidak dapat turun ke usus, pergerakan usus (peristalsis) untuk mengerakkan makanan pun jadi lambat. Itu yang menjadikan sembelit. Pergerakan makanan jadi lambat, banyak air di serap oleh usus dan najis jadi keras.

Biasanya pesakit akan di bedah untuk mengeluarkan hempedu dan batu hempedu apabila ia telah mula mendatangkan kesakitan. Cuma satu persoalan.  Di mana hendak disimpan bile yang dihasilkan oleh hati jika hempedu sudah tak ada lagi?