Thursday 6 October 2016

GERD satu malapetaka?

Ramai pesakit Gerd  menganggap bila mendapat gerd dan gastrik, ia merupakan satu malapetaka yang besar.  Mereka merasakan mereka tidak akan sembuh seperti sediakala. Kalau sembuh pun Gerd boleh datang bila bila masa lagi. Tapi betul ke?
Ramai yang telah membuktikan mereka boleh sembuh dan gerd atau anxiety tak datang lagi menjengah. Tapi kena betul la caranya. Pertama nya jangan anggap dia sebagai sesuatu yang sangat sangat teruk. Maksudnya kena la kita redho.  Anggap aje sebagai ujian dari Allah SWT. Ambik peluang dekat kan diri padaNya. Baiki hubungan antara kita dan pasangan, ibubapa, anak anak dan orang sekeliling kita. Selepas saya mengidap Gerd dan anxiety pandangan saya terus berubah. Saya tak lagi senang naik marah. Penerimaan saya pada sesuatu itu turut berubah. Jika tidak mendapat sesuatu yang saya inginkan, saya cuma mengangap itu bukan rezeki saya. Memang dah ditulis begitu. Jadi buat apa saya nak marah marah. Saya juga lebih menghargai orang orang di sekeliling saya.
Satu perkara yang amat ketara adalah kurangnya pengetahuan kita tentang Gerd and anxiety. Pada pendapat saya, kita perlu lebih mengenali keduanya. Bila dah kenal, senang untuk kita lawan. Ramai pesakit yang agak kurang pengetahuan tentang Gerd dan anxiety. Amalan mencari info berkaitan keduanya amat kurang. Ini yang perlu mereka atasi. Sikap menyerah diri dan terlalu mengharap untuk bertemu dengan ubat yang sesuai. Setahu saya belum ada lagi ubat untuk Gerd selain menjaga pemakanan. Suplement yang kita usulkan pun bukan ubat untuk Gerd secara lansung tetapi cuma membantu satu satu fungsi organ aje.  Jadi kalau ada yang claim ada ubat yang boleh sembuhkan Gerd dalam masa 3 hari memang miracle dan penjual tu tak faham apa itu Gerd. Titik.
Percaya lah. Apa yang kita alami sekarang merupakan satu peringatan untuk kita. Kena jentik sikit. Mungkin kita dah tersasar sikit dari landasan yang sepatutnya. Kita cuma diberi ingatan aje. Betulkan aje mana yang tak betul tu. Insyaallah.


https://www.facebook.com/groups/GastrikAsidrefluk/

SAYA BARU MENGHIDAP PENYAKIT GASTRIK DAN GERD

Ramai yang mula menggelabah apabila di diagnose dengan GERD atau GASTRIK. Ditambah dengan simptom-simptom yang buat anda tak selesa dan kadang-kadang ubat hanya dapat melegakan buat masa yang singkat. Apa yang patut anda buat?

PERTAMA

Dapatkan diagnose dari doktor. Dapatkan penerangan dan kepastian hingga anda benar-benar yakin yang anda hanya ada GASTRIK dan GERD. Doktor mungkin tidak akan mengesyorkan endoskopi pada tahap awal kerana prosedur yang tidak selesa dan bersifat diagnosis sahaja. Anda masih perlu mengambil ubatan untuk menyembuhkan dinding dan LES anda.

KEDUA

Bertenang. Panik dan resah hanya akan memburukkan keadaan. Cuba untuk membanyakkan aktiviti kerohanian. Anda mungkin perlu mengelakkan tempat yang sesak dan bising buat satu masa tertentu kerana biasanya pesakit akan mudah diserang sesak nafas dan panik. Bercuti dan berehat adalah pilihan yang baik.

KETIGA

Mulakan dengan diet lembut. Untuk membantu proses penghadaman, diet lembut seperti bubur nasi dan puree buah adalah amat baik kerana makanan tersebut berada dalam keadaan paling ringkas dan mudah dihadam. Elakkan mengambil makanan yang sukar dihadam seperti daging dan ayam sebaliknya gantikan dengan ikan. (Rujuk entry tentang pemakanan). Diet lembut akan mengelakkan stress kepada perut dan mengurangkan pengeluaran asid perut yang membawa kepada penyembuhan yang lebih cepat.

KEEMPAT

Elakkan google. Antara kesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakan pesakit GERD adalah menggunakan google apabila ada simptom yang timbul. Lebih baik anda berjumpa dengan doktor yang lebih pakar dalam bidang ini dari menggunakan self diagnose yang akan menyebabkan anda stress. Stress akan menyumbang kepada pengeluaran asid perut.

KELIMA

Nilai diri anda. Gastrik dan GERD secara amnya adalah penyakit yang datang dari gaya hidup yang salah. Gaya hidup merangkumi pemakanan, tidur yang cukup, senaman, pengurusan stress, pengurusan pola pemikiran (Contohnya: Dari baran kepada tidak baran).

KEENAM

Buat perubahan dari penilaian diri dan teruskan berubah. GASTRIK dan GERD akan mengambil masa yang agak lama untuk betul-betul sembuh. Kesabaran dan disiplin amat diperlukan. Simptom-simptom tidak selesa tersebut akan hilang dengan sendirinya dengan perlahan-lahan.

to be continued in the next post...