Wednesday 21 September 2016

Achondroplasia

Apa itu Achondroplasia? Ia adalah kelainan genetik dari pertumbuhan tulang. Maksudnya pengidapnya akan menjadi kerdil. Purata ketinggian mereka adalah 130cm untuk lelaki dan 125cm untuk wanita. fungsi otak mereka adalah normal dan mereka boleh bersekolah seperti kanak kanak lain. Mereka juga boleh bekerja dalam berbagai bidang seperti bidang undang -undang, perubatan, perniagaan dan lain lain lagi. Tiada kekangan. Cuma tumbesaran mereka akan terbantut dan mereka mungkin akan menghadapi beberapa masalah seperti masalah tulang belakang, masalah pendengaran, mata dan sebagainya. Inilah keadaan anak saya yang ke enam. 
Bagaimana penerimaan saya? Saya amat bersyukur kerana pernah mengidap anxiety. Saya tau bagaimana hendak mengelak dari terus merasa sedeh. Jika saya tak pernah menghadap anxiety kemungkinan besar amat sukar bagi saya menerima keadaan anak saya sekarang. Walau apapun saya amat bersyukur di kurniakan seorang anak yang istimewa yang bakal menjadi peneman saya suami isteri apabila anak anak saya yang lain semakin membesar dan memulakan hidup sendiri. Saya sentiasa mendoakan agar kesihatannya sentiasa baik dan tidak menghadapi apa apa masalah dalam proses tumbesarannya.
Cuma satu perkara saja yang merisaukan saya. Saya tak mau dia merasa rendah diri atas keadaannya dan nikmati kehidupannya to the fullest. 

Monday 5 September 2016

Anxiety and Pregnancy..

Bila saya di sah kan mengandung anak saya yang ke 6, perasaan saya bercampur baur. Gembira dan risau bercampur aduk. Doktor yang biasa merawat saya hanya tergelak sebab dia tau saya sangat risau kalau kalau saya di sahkan mengandung. Seperti biasa dia akan memujuk saya dan menenangkan saya yang semuanya akan baik baik aje. Perancangan Allah kita tak tahu. Banyak perkara yang saya risaukan sebenarnya, faktor umur, faktor saya yang dah 10 tahun tak mengandung, masalah masalah yang saya hadapi semasa kandungan yang sebelumnya macam darah tinggi dan kencing manis dan yang paling saya risaukan masalah anxiety saya akan datang semula.
Seperti biasa saya mendapat masalah kencing manis dan perlu mendapatkan insulin tiap hari tetapi masalah darah tinggi tak ada pulak. Saya pernah bertanya kepada doktor yang membuat pemeriksaan rutin kandungan saya, boleh tak saya mendapat semula masalah anxiety memandangkan saya banyak kerisauan. Dia agak keliru dengan persoalan saya dan situasi menjadi agak kelakar sebab saya pulak yang terpaksa menerangkan tentang anxiety dan simptom simptom yang di hadapi oleh pengidap anxiety. Doktor juga mencadangkan saya membuat ujian untuk mengetahui tahap kesihatan bayi saya dalam kandungan atas faktor umur. Air ketuban saya akan di ambil untuk di uji dan mengetahui jika bayi saya akan mengidap down sindrom atau masalah masalah lain. Saya bertanya apakah yang akan mereka lakukan jika anak saya mengidap down sindrom. Tak ada apa apa yang akan dilakukan jawapannya. Ibu ibu biasanya akan di beri kaunseling sebagai persediaan. Berulang kali saya diingatkan tentang risiko mengandung di usia saya. Adakalanya saya agak bosan sebab saya lebih suka menyerahkan segalanya pada Yang Maha Esa. Saya tidak bersetuju untuk mengambil ujian tersebut dan saya pasti saya kuat untuk menghadapi apa sahaja nanti. Tapi betulke saya kuat? hehe
Semasa saya pergi membuat ultra sound di sebuah klinik untuk mengetahui jantina bayi saya, doktor itu mendapati bahagian tulang femur bayi saya agak pendek berbanding usianya.Ada aja penyebab untuk saya dapat balik anxiety saya ya? Hehehehe. Dia memujuk saya dan menyatakan itu tak bermaksud apa apa. Saya juga ada membaca berbagai forum dengan masalah yang sama dan mereka juga tak ada apa apa masalah.
Alhamdulillah saya bersalin melalui C-sec dan anxiety tak berkunjung lansung menziarahi saya.
Bayi perempuan saya lahir dengan berat 3.6kg. Terus di bawa ke wad pediatrik. Saya agak risau jugak dengan keadaannya sebab masa lahir dia agak lambat menangis dan semasa membuat follow up di klinik pediatrik Hospital pakar anak saya di sahkan  'Achondroplasia'. Boleh jadi punca anxiety juga tu.  Apa tu? saya akan ceritakan nanti di post saya seterusnya.