Monday 22 August 2016

Psychologist vs psychiatrist

Saya memang agak anti dengan ubat 'antidepressant' dan saya amat hairan kalau ada kalangan kawan kawan saya yang mendapat ubat ini walau baru pertama kali berjumpa dengan 'psychiatrist'. Bukan ke sepatutnya mereka perlu menjalani berbagai ujian untuk tau tahap kesihatan mental masing masing dan apa penyebabnya? Mungkin ada kekurangan vitamin di mana mana ke? Pada pendapat saya kebanyakan pesakit gerd yang mendapat anxiety, mereka masing lagi boleh mengawal kewarasan masing masing. Cuma pemikiran yang agak terganggu. Saya pun tak pasti bagaimana tahap mental seseorang yang memerlukan dia diberi antidepressant.
Oleh sebab itu saya lebih prefer berjumpa dengan 'psychologist'. Mereka mempunyai fungsi yang sama cuma tidak boleh prescribe ubat ubatan. Sebaliknya 'psychiatrist' merupakan doktor perubatan sebelum mereka menjadi pakar jiwa, itulah  sebabnya mereka boleh prescribe ubat-ubatan macam antidepressant.
Saya berjumpa dengan 'psychologist' sebab tak faham apa sebenarnya yang sedang berlaku atas diri saya. Pada ketika itu lah. Dari situ saya mula memahami, saya perlu berjuang sendiri untuk sembuh dari anxiety. Beliau cuma boleh membantu dari segi memberikan idea tentang apa yang perlu saya lakukan. Segalanya saya perlu lakukan sendiri. Saya hanya sempat berjumpa beliau untuk dua sesi sahaja sebelum saya mengambil keputusan untuk mengikut cadangannya dan melawan sendiri.
Alhamdulilah, bila saya faham perjalanan minda saya dan saya faham apa yang sebenarnya sedang terjadi yang menyebabkan saya jadi begitu , ditambah pula dengan GERD saya yang semakin jauh dari saya ,segalanya beres.
Saya selalu menasihati kawan kawan yang mendapat anxiety sebelum GERD, cari dulu punca anxiety tu. mmglah ia terjadi atas sbb perubahan kimia dari otak, tapi apa yang menyebabkan perubahan itu perlu dia cari dan selesaikan dulu. Mungkin kita akan mendapat  'piece or mind' dari situ yang sedikit sebanyak membantu untuk kita segera sembuh.
Dan sekiranya mendapat anxiety sebab GERD pula, tak ada jalan lain lagi kena la jaga makan dulu dan anxiety itu akan berkurangan nanti sebab biasanya mereka mendapat anxiety sebab tak faham apa yang sedang berlaku dalam perut tu. Bila perut ok, minda pun gembira. Pergilah anxiety tu, tak gitu?
Saya juga selalu menekankan supaya kawan kawan saya fahamkan GERD dan anxiety. Dengan cara itu mereka lebih mudah melawan. Ramai ke yang ikut nasihat saya?

2 comments:

  1. Jika mahukan perubahan pada kehidupan yang lebih baik kena ikut nasihat kak norhaida ni. Kekusutan dan ketakutan kita mesti ada puncanya. Cari puncanya terlebih dahulu, selesaikan insya allah anxiety, GERD akan kurang. Penurunan berat badan tanpa punca yang jelas menyebabkan saya mengalami kekalutan, takut pada penyakit yang ditakuti oleh semua orang, dengan simptom perut kembung, sendawa, pedih perut, sakit menyucuk pada tulang selangka.Semuanya menyebabkan saya kemurungan. Beranikan diri untuk buat ujian darah, utrasound, skop perut dan usus untuk mendapatkan punca sebenar.Disamping itu juga berubat di darul syifa dan minum air yang dirukyahkan. Ustaz yang merawat menasihatkan supaya kita mendekatkan diri kepada Allah dengan mengamalkan zikir-zikir, membaca surah-surah seperti ayatul kursi, tiga kul dan surah yassin. Alhamdulilah kemurungan akibat ketakutkan pada penyakit @ takut mati dapat dikurangkan. Jiwa kembali tenang dan ceria seperti biasa.Pemakanan memainkan peranan penting, jaga makan sebaik mungkin. Insya allah...kerisauan masih ada..tapi semuanya terkawal dan tidak menganggu kehidupan.

    ReplyDelete
  2. sy smp skrg msh tk fhm sy dpt gerd atau anxiety dulu knor, sbb sy mmg jns org yg kelam kabut, masatu plak diet atkins plak, kdg tk mkn tepat pada waktu,tp anxiety sy dh bkurg cuma gerd tu jela

    ReplyDelete