Saturday 6 August 2016

Panic attack


Serangan panik atau ‘panic attack’ melibatkan perasaan ketakutan yang tiba-tiba menyerang tanpa amaran .Ini boleh berlaku pada bila-bila masa , walaupun ketika tidur .
Orang yang mengalami serangan panik percaya bahawa mereka mengalami serangan jantung atau mereka akan mati atau menjadi gila . Ketakutan ketika serangan panik yang di alami oleh seseorang bukanlah keadaan sebenar dan mugkin tidak berkaitan dengan apa yang ada di sekeliling mereka.
Kebanyakan orang dengan serangan panik mengalami beberapa gejala berikut :
Degupan jantung yang laju
Rasa lemah , pengsan , atau pening
Kesemutan atau kebas pada tangan dan jari
Rasa takut, atau berasa seperti kematian menghampiri
Rasa seram sejuk berpeluh
sakit dada
kesukaran bernafas
Rasa kehilangan kawalan
Apa yang boleh anda lakukan? Jangan berjalan ke sana ke sini. Ini akan memburukkan keadaan anda. Cari tempat untuk duduk dan cuba bernafas dengan teratur.
Tarik nafas ikut hidung dan lepas kan ikut mulut dengan perlahan- lahan. Jangan bernafas ikut kelajuan degup jantung anda. Fokus kepada perkara yang mengembirakan anda dan ingatlah bahawa apa yang anda sedang alami cuma satu episod serangan panik yang akan berakhir jika anda mampu mengawalnya.
Bagi yang beragama Islam bila telah agak tenang bolehlah berzikir atau membaca ayat ayat Al-Quran.

No comments:

Post a Comment