Wednesday, 21 September 2016

Achondroplasia

Apa itu Achondroplasia? Ia adalah kelainan genetik dari pertumbuhan tulang. Maksudnya pengidapnya akan menjadi kerdil. Purata ketinggian mereka adalah 130cm untuk lelaki dan 125cm untuk wanita. fungsi otak mereka adalah normal dan mereka boleh bersekolah seperti kanak kanak lain. Mereka juga boleh bekerja dalam berbagai bidang seperti bidang undang -undang, perubatan, perniagaan dan lain lain lagi. Tiada kekangan. Cuma tumbesaran mereka akan terbantut dan mereka mungkin akan menghadapi beberapa masalah seperti masalah tulang belakang, masalah pendengaran, mata dan sebagainya. Inilah keadaan anak saya yang ke enam. 
Bagaimana penerimaan saya? Saya amat bersyukur kerana pernah mengidap anxiety. Saya tau bagaimana hendak mengelak dari terus merasa sedeh. Jika saya tak pernah menghadap anxiety kemungkinan besar amat sukar bagi saya menerima keadaan anak saya sekarang. Walau apapun saya amat bersyukur di kurniakan seorang anak yang istimewa yang bakal menjadi peneman saya suami isteri apabila anak anak saya yang lain semakin membesar dan memulakan hidup sendiri. Saya sentiasa mendoakan agar kesihatannya sentiasa baik dan tidak menghadapi apa apa masalah dalam proses tumbesarannya.
Cuma satu perkara saja yang merisaukan saya. Saya tak mau dia merasa rendah diri atas keadaannya dan nikmati kehidupannya to the fullest. 

3 comments:

  1. Insya allah kak adik okay...tgk dia masa urut dengan akak tu..okay jer aktifnya..yang penting exposekan dia dengan orang sekeliling..so dia takkan takut bila dah besar.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete